Monday, December 12, 2011

Mata Hati (siri dua)

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang baru lepas atiey dgn beberapa orang kawan menerima jemputan CERAMAH MADRASAH AL-QURAN MEMBAWA KESEJAHTERAAN...

Penceramah adalah Ustazah MuzayyaH Abdullah..
beliau adalah seorang Penulis Buku 501 Soal Jawab Darah Wanita dan Apakah itu Al-Quran..
Syukur alhamdulillah dapat bertemu dan diberi kesempatan mendengar ceramah beliau...
Tak tahulah anak2 kita ni kenal atau tidak dengan penulis hebat ni...tapi kalau kita tanya penulis novel dorang boleh hafal semua kot..hehhehehe...bukan nak mengata orang lain atiey mengata anak2 atiey sediri...tanya lah dorang sape penulis novel terkenal dan novel terbaru semua dorg tahu....1 jam sentengah mmg tak puas dengar ceramah beliau...

Ceramah beliau dengan dengan penulis dibuku yang atiey baca ni lebih kurang sama...mohh kita kongsi...

"Asyik dengar ceramah agama jer".

"Hari-hari kau dengar ceramah agama tak boring ker?Cubalah bawa berhibur,
banyak sangat dengar pasal ceramah agama ni tak elok juga.Nanti kita bosan,"kata seorang rakan.
"Hari-hari kau dengar lagu-lagu merapu tu tak boring ker?Cubalah dengar tazkirah,banyak sangat dengar lagu merapu tak elok juga.Nanti kita bosan dan hati gelap!"jawapan yang memulangkan paku buah keras kepada rakannya tadi.

Buka TV di waktu pagi sungguh bermanfaat.Motivasi Pagi,Bacaan Al-Quran,Tanyalah Ustaz.
BUka TV di waktu lewat malam juga bermanfaat.Bicara Mufti,Ulangan Tanyalah Ustaz,Siaran Ulangan Al-Kuliyyah dan sebagainya.Semuanya bermanfaat.
Waktu subuh dan waktu sebelom tidur (kadang-kadang ramai yang sudah tidur di waktu itu),Tv berkisar tentang agama.Waktu yang ramai penonton diulik mimpi,waktu itulah cerita tentang agama.
Waktu manusia aktif (7 pagi hingga 10 malam) pula bercerita tentang hiburan yang melalaikan dan drama yang tiada kesudahan.
Waktu manusia aktif MARI MENARI dan waktu manusia tidak aktif pula MARI MENGAJI.Ramai orang mengatakan hidup ini kena separuh untuk dunia dan separuh untuk akhirat,kena seimbang diantara keduanya.
Persoalannya,adakah seimbang antara dunia dan akhirat???

*Fikir tentang iman dan amal

Allah menciptakan manusia sebagai khalifah untuk beribadat dan mentadbir bumi.Itu bermakna,Allah Subhanahu Wa Taa'la tidak melarang manusia untuk bekerja,berkahwin,membina rumah dan mengumpul harta.Sebaliknya,semua yang kita lakukan akhirnya perlu dipulangkan balik kepada Allah.LILLAHI TAA'LA.

JIka Allah ingin menciptakan makhluk yang semata-mata untuk solat dan berzikir kepada-Nya,allah sudah mempunyai malaikat yang sentiasa tunduk kepada-Nya.
Kejadian manusia adalah satu tanda kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taa'La.
Makhluk yang diberi akal untuk berfikir di antara baik atau pun buruk.
Barang siapa yang berfikir tentang akhiratnya,maka beruntunglah dia.Sebaliknya jika berfikir tentang dunia semata-mata,maka rugilah dia.
Gunakan akal kita untuk fikir tentang iman dan amal.Berikan masa untuk Allah yang telah memberi masa seluruhnya untuk kita.Insya-Allah.

Ada sesetengah orang akan bercakap kubur lain-lain.... Ustazah Zay pesan kapada hadirin jikalau kita ada dengar kawan2 yang bercakap kubur lain-lain..kita kena ingatkan..Sebab kubur lain-lain lah saya kena pesan kena ingatkan...kalau kubur sekali senang nanti saya tolong jawabkan.."ehhh jangan!..."Dia suami saya..."jangan seksa dia!,dia anak saya... dia kawan saya jangan seksa...
Itu lah sedikit sebanyak apa yang saya dapat diKuliah hujung minggu yang lalu dan dari buku yang saya baca....
Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk..saya hanya ingin berkongsi apa yang saya dengar dan yang saya baca untuk peringatan pada diri sediri dan jugak anak2 saya....

Mata Hati

Assalamualaikum ...

Syukur alhamdulillah untuk pertemuaan kita kali ini....
Cuti sekolah ni mmg ramai yang sihat2 belaka yang bertambah sihat macam orang yang menaip ni pon ada kot...wakkakakakka...pada yang tak sihat tu cepat2 makan ubat dan pergi la berjumpa dengan kekasih hati diklinik yang berdekatan....

Ok ni nak kongsi cerita sikit...ia nya ditulis dari penulis yang agak terkenal jgk...moh kita pakat kongsi apa yang disampai kan oleh beliau....

*Kamu ada Lima minit sahaja!!!

JEMAAH dakwah pergi menemui seorang usahawan yang berjaya.Perjumpaan mereka sekadar untuk berbincang tentang iman dan amal.
"Saya tengah sibuk!Kamu ada 5 minit sahaja untuk sampaikan dakwah kamu!"
"Tuan yang mulia.Tuan seorang usahawan yang berjaya,boleh tak tuan ceritakan susah payah dan kejayan tuan dalam perniagaan?Ceritakan dalam 5 minit sahaja."
Usahawan itu terpinga-pinga.
"Apa yang kamu merepek ni?Kejayaan saya,penat lelah saya dari dulu sampai sekarang bukan sikit-sikit.Kamu pula suruh cerita dalam 5 minit?Mana boleh habis!"
"Kerjayaan tuan hanya kisah tuan sahaja.tetapi agama adalah kisah untuk seluruh alam.Adakah 5 minit cukup untuk cerita tentang agama?".
Usahawan itu tersentak!
Manusia sering memperkecilkan agama dan dakwah.Sebaliknya,terlalu membesar-besarkan kerjayan dunianya.Itulah anggapan nilaian iman dan kekayaan dunia pada kebanyakan manusia.

*Sedikitnya masa untuk Allah

Allah Subhanahu Wa Taa'la memperuntuk 24 jam sehari kepada semua manusia.Tidak lebih dan tidak kurang.ada orang yang menggunakan masanya untuk bekerja mencari duit selama 24 jam.Baginya, masa yang ada perlu digunakan untuk mengutip seberapa banyak kekayaan dunia.
Ada orang siang dia bekerja, malam pula merintih dihadapan Allah.Masa yang diperuntukkan kepadanya,hanya untuk beribadat kepada Allah tidak kira semasa bekerja atau pun sedang beribadat dimalam hari.
Allah Subhanahu Wa Taa'la itu maha Adil.Tiada siapa pun kalangan hamba -Nya yang boleh mendakwa Allah di akhirat nanti tentang masa.
"Ya Allah...Masa itu tidak cukup untuk beribadat kepada-Mu". Adakah boleh kita bagi alasan begitu dihadapan Allah??
Kita boleh memberi masa untuk hiburan,Kita juga boleh memberi masa untuk bekerja.Tetapi masa untuk Allah sangat sukar untuk diberikan.
Jika satu waktu solat Fardu dikira 5 minit,5 kali solat adalah sebanyak 25 minit!!kadang-kadang 25 minit untuk Allah pun susah nak diberikan...Nauzubillah...

Renung-renungkan lah adakah kita termasuk didalam cerita ini???Saya ingatkan kepada diri sendiri agar tidak lalai didalam menjalani kehidupan seharian..maklum la kita ni selalu lalai bila bab-bab agama...
Saya akan sambung cerita dari penulis ni selepas iklannn...muahahahhaha...

Thursday, December 1, 2011

Anniversary


Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah hari ni genap usia perkawinan ku 21 tahun...
mmg tak dinafikan selama 21 tahun ni macam2 dugaan dan ujian yang aku lalui sebagai seorang isteri dan seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata anugerah dari NYA....
pengalaman hidup berumah tangga banyak mengajar aku erti kehidupan...
bayang kan dari seorang budak kampung yang berumur 15 tahun sudah bergelar isteri...pada usia 16 tahun aku mengandungkan anak pertama...banyak mulut2 sumbang yang berbau kelongkangan itu berbunyi menghina tak tahu hujung pangkal cerita..sedang kan aku berkahwin sah diwalikan oleh abah aku sediri...ramai orang bertanya kenapa kawin muda? tak menyesal ke?telanjur ke?bunting ker?aku berikan senyuman yang manis pada mulut2 yang bertanya...aku jawab satu persatu soalan mereka....

Makcik..kakak...abang adikk....saya kawin muda bagi mengelak dari saya buat hal yang dilarang oleh agama kita dan dari memalukan keluarga saya...saya tak sekolah...saya sekolah setakat darjah 6 je...atas sebab2 tertentu...saya ni datang dari keluarga yang tak berharta...dari saya terjerumus kepada benda2 yang tak elok...rasanya baik saya berkahwin sekurang2nya saya bebas nak tgk wayang ke nak pergi kemana2 dengan seorang lelaki yang bergelar suami...dari saya keluar berpegangan tangan berdua-duaan dengan lelaki yang tak sepatutnya....

Saya kawin sah diwalikan oleh abah saya..malah saya siap angkat sumpah lagi sbb saya nikah dibawah umur...Alhamdulillah saya masih bergelar dara sewaktu malam petama...saya serah kan pada lelaki yang bergelar suami bukan laki seperti budak2 muda skrg buat...
Alhamdulillah saya tak pernah menyesal berkawin muda...banyak hikmahnya saya saya perolehi...sekarang anak sulung saya dah berusia 20 tahun...anak kedua saya 18 tahun...anak ketiga saya 16 tahun anak ke empat 12 tahun dan yg kelima 5 tahun...sedikit pon saya tak pernah menyesal sbb bila tgk rakan2 sebaya anak sulung dorang baru 4 tahun bayang kan lah...
tapi ketika usia saya 36 tahun anak2 dah besar malah dua darinya dah menjejakkan kaki ke Uitm...

Dugaan mmg banyak.....bergaduh..bergurau..menangis..ketawa itu lah rencah kehidupan dalam rumah tangga ku...orang kata kalau tak ada masalah tak seronok hidup ni..betul ke tidak Allah hu alam....bagi aku setiap dugaan dan ujian itulah yang mengeratkan lagi kasih sayang kita...mematangkan fikiran kita menjadikan kita lebih dewasa dan bertanggujawab pada keluarga kita....sekurang2nya apa yang ingin kita lakukan kita fikirkan keluarga kita dulu...anak2 keutamaan aku dalam segala hal...biar aku tak makan, tapi anak2 aku pastikan makan secukupnya...biar aku sakit, kesihatan anak2 pastinya aku jaga.....orang kata ibu ni nyamuk gigit anak pon nyamuk yang kena marah...apatah lagi kalau anak demam sama lah dgn ibu nya tak tidur malam..bimbangkan anak mengigil atau apa2 kemungkinan yang tak di ingini berlaku....

Alhamdulillah syukur kepada NYA...