Saturday, December 29, 2012

‘Sayangi Diri Anda…Jauhi Zina’

Assalamualaikum...

13 Desember 2012 - Pusat wanita Berdaya (PWB) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN HUlu Kelang dan Ikram Setiawangsa telah menganjurkan program 'Sayangi Diri Anda...jauhi Zina'Khas buat remaja perempuan sempena cuti persekolahan yang telah di adakan di Dewan Pusat Komuniti Wanita Hulu Kelang Keramat Permai...

Siap buat kuih awal pagi aku terus bersiap nak hantar anak dara aku Siti Mashitah ke program tersebut..Kalau nak ikutkan mata menagntuk dengan badan mmg terasa penatnya..Tapi bila difikirkan cuti sekolah ni anak dara tu duk rumah jek tiba2 bersemangat pulak nak hantar dia ke program Doctor Ariza Mohamed Pakar Perbidanan dan Sakit Puan dari Hospital Amapnag Puteri...semoga anak dara aku dengan kawan2nya mendapat ilmu dari progaram isu remaja ini...





Siap buat persembahan lagi perserta2 ni...mmg berbahaloi la pergi ke program ni..
Anak dara yang pemalu semuanya...main tutup2 muka pulak kita nak snap muka pic dia..






Penyelia PWB Hulu Kelang ,Pn Norhayati Jamaluddin memberi semangat dan motivasi kepada peserta program..








YB Saari dan isterinya  Aliza bergambar kenangan bersama perseta dan fasilitator program tersebut....YB Saari menyampaikan ucpan penutup memberi kata-kata semangat kepada perserta supaya menjauhi zina dengan mengingati penat lelah ibu bapa yang membanting tulang mengaja dan mendidik ke jalan yang diredhai Allah SWT...



Cerita dihujung tahun


Haiii...Assalamualaikum...

hope semua baik2 dihujung tahun 2012 nih...
sekarang aku mmg agak sibuk sikit..hurmm sibuk banyak kot rasanya sekarang nih...rutin harian aku sekarang bangun tidur pukul empat pagi untuk buat kuih..siap semua kurang lebih 6.45 pagi tu klu awal..ada masa2 nya pkul 7.15 pagi baru siap semua..buat kuihnya x ada lah banyak mana pon nak bagi masa tu kadang2 terbabas sikit...apa2 pon kuih siap pada waktu nya tu dah kira bagus kan...sejak buat kuih ni aku tak berkesempatan nak ke kelas jahitan..al maklum la..siap kemas dapur badan mintak rehat atas tilam..bila dah berehat atas tilam tuh faham2 jek la kan..mahu jugak la dua tiga jam lelapnya..lepas tu dah nak masak pulak..mmg x sempat la nak ke kelas menjahitnya...apa yg penting sekarang yg mana yang patut di dahulukan aku kenalah dahulukan...barulah boleh buat yang lain...
  

Macam yang aku cakap sebelum nih aku akan ke Uitm Dungun..aku hapy masa dekat sana..terasa betul2 bercuti yang paling best tuh terasa membujang..muahahhaha....bukan selalu kan dapat macam tuh..mmg aku menikmati setiap saat aku diDungun...dan jugak itulah kenangan yang paling berharga dalam hidup aku bila melihat anak sulung aku naik ke pentas menerima segulung Ijazah...tanpa diminta air mata seorang ibu mengalir keluar bila melihat anak yang dikendong 21 tahun yang lalu kini dah dewasa...

Kita layan gambo dibawah nih kejab erk...

       Diatas ni dari bilik nak gerak ke Istiadat Konvokesyen Uitm ke 77..Dibawah pulak along tengah bersiap2 utuk masuk ke dalam dewan..
                    
Alahamdulillah selesai sudah Istiadat Konvokesyen yang ditunggu2..Dibawah ibu dengan along di pintu masuk dewan..nak nangiss..wuaaaaa...kami berdua berlagak cool padahal dalam hati masing2 menangis bila tengok disekiling semua bergembira bersama keluarga masing2..kami berdua je meraihkan nya...

 Diatas along..ibu gan berry Bff along...dibawah pon along dengan Bffnya myra..sesedih kami berdua sedih lagi si myra nih sebab dia sorang2 jek ...mak dgn ayahnya tak datang...


kami berdua membawa diri jauh dari orang ramai untuk mehilangkan kesedihan kami..along snap pic ibu..ibu snap pic along..pic berdua tepi pantai dalam hati kami berdua je sbb x ada orang nak mintak tolong snap kan...comel kan anak sulung aku nih...dah cukup dewasa tapi perangai je masih kanak2..manja nih klu nak tahu kalah adiknya...

 Pic diatas dengan dibawah ni..sehari seblom majlis konvo kami berjalan2 ke Kuala Terengaggu...sempat ke Teluk apa erk lupa pulak namanya...hehhehehe..pantai yg tepi bandar tu..sory lupa pulak namanya..

 Lepas tu kami singgah solat zohor di Masjid terapung...sempat jugak la beli penyu untuk anak bongsu ibu dekat rumah tuh...

 Dalam perjalanan balik singgah bergambar di Pantai Rantau Abang tepi jalan tuh..sambil2 lalu rugi kalau x bergambar kan..ntah bila pulak la boleh datang ke Terengganu nya...

Diatas... inilah bunga yang di bawa balik naik bas dari Dungun...Walaupon bunga ini layu kasih sayang ibu terhadap anak2 ibu tak pernah layu...ibu sayang semua anak2 ibu....


Terlalu banyak kenangan dan pegalaman selama aku bersama anak sulung aku selama ini...apa yang mampu ku ucapkan Syukur Alhamdulillah dengan nikmat dan kebahagian yang aku perolehi selama ini...

Ok tinggal beberapa hari je lagi kita akan melangkah ke tahun 2013...awal tahun ni anak bongsu aku akan masuk darjah satu..Syukur Alhamdulillah aku masih sihat sehingga ke hari ini dan masih berpeluang untuk melihat anak bongsu aku melangkah ke alam persekolahan...27.12.2012 yang lepas hari sua kenal untuk tahun satu bagi sesi 2013...seronok bila tengok anak yang tersangat manja dan bertuah ni dah melangkah masuk ke darjah satu...dengan tubuh yang berisinya nampak bertapa besarnya anak bongsu aku sekarang nih...
 
Inilah anak bongsu yang tersangat lahh manjanya...pic ni hari nak naik bas ke Dungun...x pernah berpisah walau sehari cam nilah jadinya...


kalau nak dicerita kan memang banyak cerita perjalanan hidup aku sepanjang tahun ini...biarlah semuanya ku simpan menjadi kenangan dalam lipatan kehidupan seharian diri ku ini...  




Add caption