Monday, December 12, 2011

Mata Hati (siri dua)

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang baru lepas atiey dgn beberapa orang kawan menerima jemputan CERAMAH MADRASAH AL-QURAN MEMBAWA KESEJAHTERAAN...

Penceramah adalah Ustazah MuzayyaH Abdullah..
beliau adalah seorang Penulis Buku 501 Soal Jawab Darah Wanita dan Apakah itu Al-Quran..
Syukur alhamdulillah dapat bertemu dan diberi kesempatan mendengar ceramah beliau...
Tak tahulah anak2 kita ni kenal atau tidak dengan penulis hebat ni...tapi kalau kita tanya penulis novel dorang boleh hafal semua kot..hehhehehe...bukan nak mengata orang lain atiey mengata anak2 atiey sediri...tanya lah dorang sape penulis novel terkenal dan novel terbaru semua dorg tahu....1 jam sentengah mmg tak puas dengar ceramah beliau...

Ceramah beliau dengan dengan penulis dibuku yang atiey baca ni lebih kurang sama...mohh kita kongsi...

"Asyik dengar ceramah agama jer".

"Hari-hari kau dengar ceramah agama tak boring ker?Cubalah bawa berhibur,
banyak sangat dengar pasal ceramah agama ni tak elok juga.Nanti kita bosan,"kata seorang rakan.
"Hari-hari kau dengar lagu-lagu merapu tu tak boring ker?Cubalah dengar tazkirah,banyak sangat dengar lagu merapu tak elok juga.Nanti kita bosan dan hati gelap!"jawapan yang memulangkan paku buah keras kepada rakannya tadi.

Buka TV di waktu pagi sungguh bermanfaat.Motivasi Pagi,Bacaan Al-Quran,Tanyalah Ustaz.
BUka TV di waktu lewat malam juga bermanfaat.Bicara Mufti,Ulangan Tanyalah Ustaz,Siaran Ulangan Al-Kuliyyah dan sebagainya.Semuanya bermanfaat.
Waktu subuh dan waktu sebelom tidur (kadang-kadang ramai yang sudah tidur di waktu itu),Tv berkisar tentang agama.Waktu yang ramai penonton diulik mimpi,waktu itulah cerita tentang agama.
Waktu manusia aktif (7 pagi hingga 10 malam) pula bercerita tentang hiburan yang melalaikan dan drama yang tiada kesudahan.
Waktu manusia aktif MARI MENARI dan waktu manusia tidak aktif pula MARI MENGAJI.Ramai orang mengatakan hidup ini kena separuh untuk dunia dan separuh untuk akhirat,kena seimbang diantara keduanya.
Persoalannya,adakah seimbang antara dunia dan akhirat???

*Fikir tentang iman dan amal

Allah menciptakan manusia sebagai khalifah untuk beribadat dan mentadbir bumi.Itu bermakna,Allah Subhanahu Wa Taa'la tidak melarang manusia untuk bekerja,berkahwin,membina rumah dan mengumpul harta.Sebaliknya,semua yang kita lakukan akhirnya perlu dipulangkan balik kepada Allah.LILLAHI TAA'LA.

JIka Allah ingin menciptakan makhluk yang semata-mata untuk solat dan berzikir kepada-Nya,allah sudah mempunyai malaikat yang sentiasa tunduk kepada-Nya.
Kejadian manusia adalah satu tanda kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taa'La.
Makhluk yang diberi akal untuk berfikir di antara baik atau pun buruk.
Barang siapa yang berfikir tentang akhiratnya,maka beruntunglah dia.Sebaliknya jika berfikir tentang dunia semata-mata,maka rugilah dia.
Gunakan akal kita untuk fikir tentang iman dan amal.Berikan masa untuk Allah yang telah memberi masa seluruhnya untuk kita.Insya-Allah.

Ada sesetengah orang akan bercakap kubur lain-lain.... Ustazah Zay pesan kapada hadirin jikalau kita ada dengar kawan2 yang bercakap kubur lain-lain..kita kena ingatkan..Sebab kubur lain-lain lah saya kena pesan kena ingatkan...kalau kubur sekali senang nanti saya tolong jawabkan.."ehhh jangan!..."Dia suami saya..."jangan seksa dia!,dia anak saya... dia kawan saya jangan seksa...
Itu lah sedikit sebanyak apa yang saya dapat diKuliah hujung minggu yang lalu dan dari buku yang saya baca....
Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk..saya hanya ingin berkongsi apa yang saya dengar dan yang saya baca untuk peringatan pada diri sediri dan jugak anak2 saya....

Mata Hati

Assalamualaikum ...

Syukur alhamdulillah untuk pertemuaan kita kali ini....
Cuti sekolah ni mmg ramai yang sihat2 belaka yang bertambah sihat macam orang yang menaip ni pon ada kot...wakkakakakka...pada yang tak sihat tu cepat2 makan ubat dan pergi la berjumpa dengan kekasih hati diklinik yang berdekatan....

Ok ni nak kongsi cerita sikit...ia nya ditulis dari penulis yang agak terkenal jgk...moh kita pakat kongsi apa yang disampai kan oleh beliau....

*Kamu ada Lima minit sahaja!!!

JEMAAH dakwah pergi menemui seorang usahawan yang berjaya.Perjumpaan mereka sekadar untuk berbincang tentang iman dan amal.
"Saya tengah sibuk!Kamu ada 5 minit sahaja untuk sampaikan dakwah kamu!"
"Tuan yang mulia.Tuan seorang usahawan yang berjaya,boleh tak tuan ceritakan susah payah dan kejayan tuan dalam perniagaan?Ceritakan dalam 5 minit sahaja."
Usahawan itu terpinga-pinga.
"Apa yang kamu merepek ni?Kejayaan saya,penat lelah saya dari dulu sampai sekarang bukan sikit-sikit.Kamu pula suruh cerita dalam 5 minit?Mana boleh habis!"
"Kerjayaan tuan hanya kisah tuan sahaja.tetapi agama adalah kisah untuk seluruh alam.Adakah 5 minit cukup untuk cerita tentang agama?".
Usahawan itu tersentak!
Manusia sering memperkecilkan agama dan dakwah.Sebaliknya,terlalu membesar-besarkan kerjayan dunianya.Itulah anggapan nilaian iman dan kekayaan dunia pada kebanyakan manusia.

*Sedikitnya masa untuk Allah

Allah Subhanahu Wa Taa'la memperuntuk 24 jam sehari kepada semua manusia.Tidak lebih dan tidak kurang.ada orang yang menggunakan masanya untuk bekerja mencari duit selama 24 jam.Baginya, masa yang ada perlu digunakan untuk mengutip seberapa banyak kekayaan dunia.
Ada orang siang dia bekerja, malam pula merintih dihadapan Allah.Masa yang diperuntukkan kepadanya,hanya untuk beribadat kepada Allah tidak kira semasa bekerja atau pun sedang beribadat dimalam hari.
Allah Subhanahu Wa Taa'la itu maha Adil.Tiada siapa pun kalangan hamba -Nya yang boleh mendakwa Allah di akhirat nanti tentang masa.
"Ya Allah...Masa itu tidak cukup untuk beribadat kepada-Mu". Adakah boleh kita bagi alasan begitu dihadapan Allah??
Kita boleh memberi masa untuk hiburan,Kita juga boleh memberi masa untuk bekerja.Tetapi masa untuk Allah sangat sukar untuk diberikan.
Jika satu waktu solat Fardu dikira 5 minit,5 kali solat adalah sebanyak 25 minit!!kadang-kadang 25 minit untuk Allah pun susah nak diberikan...Nauzubillah...

Renung-renungkan lah adakah kita termasuk didalam cerita ini???Saya ingatkan kepada diri sendiri agar tidak lalai didalam menjalani kehidupan seharian..maklum la kita ni selalu lalai bila bab-bab agama...
Saya akan sambung cerita dari penulis ni selepas iklannn...muahahahhaha...

Thursday, December 1, 2011

Anniversary


Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah hari ni genap usia perkawinan ku 21 tahun...
mmg tak dinafikan selama 21 tahun ni macam2 dugaan dan ujian yang aku lalui sebagai seorang isteri dan seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata anugerah dari NYA....
pengalaman hidup berumah tangga banyak mengajar aku erti kehidupan...
bayang kan dari seorang budak kampung yang berumur 15 tahun sudah bergelar isteri...pada usia 16 tahun aku mengandungkan anak pertama...banyak mulut2 sumbang yang berbau kelongkangan itu berbunyi menghina tak tahu hujung pangkal cerita..sedang kan aku berkahwin sah diwalikan oleh abah aku sediri...ramai orang bertanya kenapa kawin muda? tak menyesal ke?telanjur ke?bunting ker?aku berikan senyuman yang manis pada mulut2 yang bertanya...aku jawab satu persatu soalan mereka....

Makcik..kakak...abang adikk....saya kawin muda bagi mengelak dari saya buat hal yang dilarang oleh agama kita dan dari memalukan keluarga saya...saya tak sekolah...saya sekolah setakat darjah 6 je...atas sebab2 tertentu...saya ni datang dari keluarga yang tak berharta...dari saya terjerumus kepada benda2 yang tak elok...rasanya baik saya berkahwin sekurang2nya saya bebas nak tgk wayang ke nak pergi kemana2 dengan seorang lelaki yang bergelar suami...dari saya keluar berpegangan tangan berdua-duaan dengan lelaki yang tak sepatutnya....

Saya kawin sah diwalikan oleh abah saya..malah saya siap angkat sumpah lagi sbb saya nikah dibawah umur...Alhamdulillah saya masih bergelar dara sewaktu malam petama...saya serah kan pada lelaki yang bergelar suami bukan laki seperti budak2 muda skrg buat...
Alhamdulillah saya tak pernah menyesal berkawin muda...banyak hikmahnya saya saya perolehi...sekarang anak sulung saya dah berusia 20 tahun...anak kedua saya 18 tahun...anak ketiga saya 16 tahun anak ke empat 12 tahun dan yg kelima 5 tahun...sedikit pon saya tak pernah menyesal sbb bila tgk rakan2 sebaya anak sulung dorang baru 4 tahun bayang kan lah...
tapi ketika usia saya 36 tahun anak2 dah besar malah dua darinya dah menjejakkan kaki ke Uitm...

Dugaan mmg banyak.....bergaduh..bergurau..menangis..ketawa itu lah rencah kehidupan dalam rumah tangga ku...orang kata kalau tak ada masalah tak seronok hidup ni..betul ke tidak Allah hu alam....bagi aku setiap dugaan dan ujian itulah yang mengeratkan lagi kasih sayang kita...mematangkan fikiran kita menjadikan kita lebih dewasa dan bertanggujawab pada keluarga kita....sekurang2nya apa yang ingin kita lakukan kita fikirkan keluarga kita dulu...anak2 keutamaan aku dalam segala hal...biar aku tak makan, tapi anak2 aku pastikan makan secukupnya...biar aku sakit, kesihatan anak2 pastinya aku jaga.....orang kata ibu ni nyamuk gigit anak pon nyamuk yang kena marah...apatah lagi kalau anak demam sama lah dgn ibu nya tak tidur malam..bimbangkan anak mengigil atau apa2 kemungkinan yang tak di ingini berlaku....

Alhamdulillah syukur kepada NYA...



Monday, November 28, 2011

Sekali lagi


Assalamualaikum...
Hari ni konon2nya nak g gaint beli barang2 dapur....
nak dijadikan cerita lps sarapan ditempat biasa aku ,my huby gan anak bongsu ku pon g la menuju ketempat yang dihajatkan...sekali dekat trafik light Melawati motor aku buat hal...
ishh..ishhhh sabooo jek la....nak tak nak terpaksa tolak ke kedai motor yang biasa kami pergi...
sekali lagi motor ni mintak belanja...mintak pulak yang mahal2 tu...kita tgh pening nak buat kira2 untuk hujung tahun dia pulak ngada2 nak mintak dibelikan barang baru...kalau ikut kan hati nak jugak aku tolak dalam sungai klang buat sarang ikan talapia....tapi tak boleh sebab tu jek la transpot aku ada...kereta mmg aku ada..tapi ada pada namanya je...dah setahun lebih aku buat pameran kat paking Rumah Pangsa Dahlia ni haa...tunggu masa orang muzium datang ambik je...muahahhahah....

Ni la dugaan namanya...aku di uji untuk kesekian kalinya...last2 barang dapur tak beli...beli barang yang motor aku mintak dulu...puas aku pujuk motor tu suruh ambik yang murah2 je dia nakkk jugak yang mahal2...

Tengok la tu ngada2nya motor aku ni...
nak suruh aku manja kan dia je kejenya...hari tu dia mintak aku tukarkan nyawanya...
ni hampir2 sekali lagi nak mintak tukar nyawa...
melayang duit suami aku Rm 2*** temenung panjang member tu dibuatnya...
nak salah kan sape..nak salah kan motor ni tak boleh jugak sbb dia bukan reti cakap pun yang dia nak sakit kuat...hehehehhe...apa yang aku boleh buat rehda jek la....
tadi dah siap beli barang yang KAY mintak aku pesan kat KAY ni lepas ni jangan mintak barang mahal2 bila poket aku tengah banyak habuk nih...aku siap cium lagi KAY ni tadi....



Sunday, November 27, 2011

Hujung minggu ini

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur padanya untuk pertemuaan mesra rakyat di Rumah Pangsa Dahlia...
awal pagi minggu yang ceria kami wanita2 Pangsa Dahlia turun ke dewan untuk memanjakan kaki2 kami untuk REFLEKSOLOGI yang di anjur kan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN HULU Kelang..
bermula seawal 8.30 pagi untuk pendaftaran rawatan refleksologi untuk 30 wanita terawal...
hehehhehe saya dah semestinya la orang yang terawal...meriah jugak bila jarang2 dapat berkumpul dengan jiran2 ku ni...riuh rendah dewan pagi minggu ni dek gelak ketawa kami....
selesai pendaftaran kami semua mdgr Taklimat MES dan MiMBAR....
Tak tahu nak tulis apa tiba2 hilang benda yang nak ditulis banyak2 tadi... kat bawah ada beberapa gambar yang tak seberapanya...



Semua nampak seronok hari ni

Di antara 30 wanita terawal termasuk diri ini

Bermakna jugak cuti hujung minggu ni bagi diriku...






Secebis kenangan

Bila hati atiey berbicara....
Jari jemari ku belari -lari di atas keybord...hembusan angin malam menampar lembut kemuka ku...tegak bulu tengkuk ku...aciiwahhhh

Malam muncul lagi membawa seribu cerita yang ditinggalkan pada siang hari,Esok bila matahari terbit kembali maka bermulalah sejarah baru dalam hidup ini.
Kita kena lupakan kisah semalam yang penuh suka duka untuk mengejar kebahagian hari esok..
Malam siang berlalu,gerhana kesayuan tiada berkesudahan,Detik masa berlalu tiada berhenti...
Oh syadunya...
Sejenak ku terkenang hakikat perjuangan penuh onak dan cabaran,Bersama teman-teman harungi kehidupan.....Oh indahnya....
Berat rasanya didalam jiwa untuk melangkah meninggalkan semua...kasih...sayang...cinta...
yang terbina,biarkan selamanya...Selamat berjuang sahabatku...
Semoga ALLAH berkatimu,kenangan indah bersamamu tak kan ku biar ia berlalu...
berjuanglah hingga ke akhirnya..Dan ingatlah semua ikrar kita...

ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga...
Meskipun kini kita terpisah demi kasihNYA...Namun secebis kenangan kita sentiasa bermain dibayangan mataku....Sewaktu kita saling setia menimba ilmu tanpa kenal erti penat jemu..
Ingatkah lagi kita bersama memijak onak duri ditanah gersang mengutip semangat suci...
kini segalanya tersurat dalam sanubari....Bersabarlah dengan ketentuannya...
ada rahmat yang tersembunyi...Bertemu berpisah kerana ALLAH...
Lumrah kehidupan insan beriman,Moga saat nan indah ku harapkan berulang lagi....
Ku layarkan kerinduan dimemori..mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi...
masih segar diingatan saat mesra berputik..Hadirmu bawa sinaran cahaya insipari....

Teman...kau sesungguhnya temanku dikala suka dan lara...
Tika ku sedih diselubungi sendu..Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman...
Bagaikan embun hilang diterbit fajar...kau pergi jauh mengejar cita menggapai redha yang ESA...
Duhai teman dengarkanlah,biacara hati ku ini... meskinpun jarak memisahkan,Namun tiada noktah kasih..Biarlah waktu menentukan nilai ukhuwah yang terjalin...teruskanlah perjuanganmu hingga kehembusan terakhir....
Semuanya adalah takdir....
yang bukan dicari,tapi datang tanpa diundang...Dan payah untuk dibuang.....


sedapnya bauuu

senyummm sikittt...ala mucuk..mucukkk

Tak baik tau dorang ni...makan tak ajak..baling mercun jab lagii..baru tahuu...
nun jauh dibawah tempat parking kereta ada sepuluh orang jejaka2 senior sedang membakar sate katanya....sepuluh jejaka ini merupa kan ajk2 bertindak Rumah Pangsa Dahlia ni...katanya lagi..sepuluh jejaka senior ni bakar sate sempena menyambut tahun baru Hijrah...jejaka2 senior ni sememangnya sukarelawan berjaga setiap malam ahad.... demi menjaga ketenteraman penduduk disini...al maklum la kita ni duduk satu bumbung ada 140 lebih buah kisah didalamnya macam2 adaaaaa.....ditambah ditolak dibagi dengan berpuluh minah2 kilang ni memang la menguji keimanan kita...masalah kebersihan tu semestinya...sosial dorang ni maysaAllah... malam minggu ni nak kata berderet2 tak la jgk tapi lepas sebuah sebuaahh kereta2 mewah datang menjemput anak2 dara seberang ni...balik dalam keadaan mabuk tu tak usah kata la yang bawak balik pasangannya naik kerumah tu yang tak tahan tuh...

Bukan tak ada yang baik..adaaa ...masalahnya kilang yang sewa rumah kat sini dia campur kan non muslim dgn muslim...tu yg payah dgn dorng ni..kita cakap baik2 bukan nak dengar..bayangkan la sebuah rumah ada 10 orang..5 islam 5 orang lagi tak....ada satu kes hari tu budak ni kena rasuk nak terjun dari tingkat 9..gila kauuu...kawan2 yang islam ni duk baca la yassin nak tenang kan kawan dia ni..bukan lagi tenang..lagi haru biru dibuatnya...nak tak nak kami selaku jiran2 ni terpaksa cari yang seagama dgn nya untuk pulih kan balik...bukan la kita nak mengata..yang 5 ni solat...yang 5 ni lagi ni buat benda yang berlawan....kesian jgk tgk yg dorng ni...tapi kann kann...apa ke hall aku bercerita tentang minah2 ni...aku nak cite perut ku laparrr bau sate dorang nih....tak pe la hampa bakar dulu sampai masak...sat g chek turun pi curik sepuluh cucuk sate hampa nu...



Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

Salam pembuka kata

Selamat menyambut tahun baru Hijrah....Syukur Alhamdullilah kita masih bisa bernafas hingga ke saat ini....harap azam yang lepas ada yang tertunai....walaupun x semua suku pun jadi la...yang penting kita berubah kearah kebaikan untuk diri sediri..aminnnn
nak lari sikit dari tajuk asal...jgn marah yerr...
Hari ni aku sekadar mengabiskan masa berangan atas katil je..sedar2 dah tengah hari..isshh teruk bebenor perangaii...bukan sengaja nak bermalas- malasan atas katil..badan rasa tak brpa sihat sbnarnya....selsema,bersin tak berhenti - henti..jadi sakit2 satu badan dibuatnya tu yang berangan je kejenya...bukan berangan mengarut-garut ..beragan nak jadi jutawaan jek...muahhahahah...
tak kena saman kott...sekurang2nya jadi satu semangat untuk diri sediri jugak kan kannn....hehhehehehe
nampak gayanya demam dah melular kesemua fmly aku...nun jauh di Dungun anak sulung aku demam dah 3..4 hari..kat umh ni pulak si ayah nya baru sihat... di sambung si bongsu pulak..si bongsu blom baik sepenuhnya di sambung... si kakaknya pulak..alahaiiii
kesiannya la anak2 ku ni...ni la keluraga bahagia katanya..sorang demam habis satu famly kena virus kasih sayang nya...k la apa2 pun kita semua kena jaga kesihatan kita sebaik mungkin...
kalau anak tak sihat kita boleh jaga..kalau kita semua terbaring..mmg mu pandang aku..aku pangang mu jek laa jawabnya...

"Harta yang paling untung SABAR,
teman yang paling akrab AMAL,
pengawal yang paling waspada DIAM,
bahasa yang paling indah SENYUM"...

Biar sekali pun badan kita tak sihat..jangan lupa berikan kan senyuman..agar menyenangkan hati orang yang melihat... .




Bilaaa laruttt malammm....

Tiba- tiba tengah tidor sedap-sedap bersin pulak...aduiii aiii
apa nak di kata kalau dah mula bersin-bersin ni...
ni kes main habuk siang tadi la..apa nak buat tgh2 malam ni...nak bukak fb skrg tak brpa ada mood dgn fb ni..buat air tea jom kita jalan2 baca blog...
tisu kat sebelah ni dah separuh kotak aku guna ni..mata berair hidung duk mengalir macam paip bocor jek..masyaAllah nampak gaya mmg aku tak boleh nak sambung tido kalau bersin tak berhenti2 ni...kalau dulu bila tak boleh tido macam ni aku duk lepak dekat camfrog,sembang2 dengan member2 sambil dgr lagu..siap buat permintaan lagu lagi...seronok bila teringat masa aktif ber cf dulu...celik mata cf..sambil2 buat kerja umah cf mesti on punya...kelakar pon ada..boleh dikata kan makan cf... tido cf.. suka cf.. berduka pon cf...hehehhehehe..haa klu nak tahu gambar aku kat atas ni masa kitaorg buat gethering dekat Ulu Yam dua thn lepas..selain dpt kawan aku dpt ank angkat yg masih berhubung smpai skrg...abang angkat..pakwe angkat ponnnn ada muahahhahaha....
tapi skrg mmg tengah berduka sbb dah beberapa bulan aku tak aktif ber cf lagi dah....terasa rindu dengan member2 dkt cf...aku kenal dunia cf ni sejak dua tahun lepas..asalnya ada member dari tagged yang ajar aku main cf...aku ingat lagi mula2 aku pandai internet ni masa tu guna jaring dail up punya...masa tu kalau tak silap tahun 2004...dulu2 main mirc.langkah setapak main ym...langkah setapak main frendster setapak lagi main tagged...langkah bertapak2 bila buat akuan facebook lepas tu tambah pulak dengan blogspot...berjinak2 dgn camfrog video..sesungguhnya banyak asam garam semenjak aku pandai berinternet ni...yang paling bestt bila dapat kawan2 dari alam siber ni dari seluruh dunia la katakan..kawan2 aku mmg ramai dialam siber berbanding dgn realiti...ada someone ni aku kenal masa mirc masih berkawan masih berhubung sampaiii sekarang....masa main chat mirc dulu aku kdg2 serabut jgk dgn lelaki2 yang otak kuning ni...yer la kita sembang kita tak kenal sape..ada jgk aku buat jahat tak beri tahu umur dgn nama yg btui..menyamar jadi lelaki pon pernah..heheheh... mirc kita boleh setakat sembang je betul ke tidaknya Allah hu alam...kebanyakan yg aku kenal kaki tipu orang..hehehhe..tapi ada jgk yg betul2 kitaorg ada room chat group kitaorg sendiri dulu..aku ingt lagi nama chatroom kitaorang kat mirc dulu pmcare..kitaorang buat gath kat kampung aku di Janda baik..jumpa kat subang jumpa kat melawati best jgk..aku gan laki aku mmg sekepala sama2 tak kisah tu sbb kitaorng boleh join mana2 chatroom...yg best masa gila main cf...komputer sorang satu..on9 duk sebelah2...ramai kawan2 aku heran tgk aku gan laki aku....bagi aku biasa je tak ada yang pelik pon...janji kita hapy.....betul tak???
sekarang kalau on9 banyak habiskan masa dekat facebook..dekat blog...ym jaaaaarangg-jarang..cf cuti dulu...tagged kaaaadang-kadang...apa lagi erkk
hurmm... sebenarnya bukan setakat suka2 atau buang masa aku berinternet ni..aku ada buat bisnes..klu nak cite banyakkkk bisnes internet yang aku pernah buat...sekarang ni aku buat bisnes supleman Diodes Sari Minyak Merah....melalui internet jugak...yer la dari kita duk buang masa tu kan sambil2 apa salahnya kita buat duit selagi ada keinginan dan kemahuannn....kaann...kannn...
aiishhh apa la yang aku melalut-lalut tgh2 malam ni...tgh malam ker???
rasa mcm dah awal pagi jek nih...sedar tak sedar rupa2nya dah pukul 3pagi.....ayooooo
bersin blom hilang lagi maaa..cam mana mau titonnn ni...

Friday, November 25, 2011

Kata - kata puitis

Salam pagi jumaat...
boleh nak jiwang pagi2 jumaat ni ..
hehhehehe..saja nak jiwang karat skit bagi semangat untuk diri sendiri tak salah kan kawan2??
selagi kita mempunyai hati dan perasaan tak salah rasanya nak layan jiwang...
lain lah kalau orang yang dah x ada hati dan perasan..dlm erti kata lain hati batu kot...
apa2 hati la jgn kencer hati udah ler...tapi klu menu hari ni kita masak hati masak kicap x per yang tu sodapppp.....
mula la aku dgn kegilaan aku pepagi nih...ishhh stop2...
moh kita baca yang kat bawah ni....

Cinta amat mahal takrifnya.....
Itulah yang difitrahkan oleh ALLAH SWT kepada hambanya...
Cinta hanya tertulis pada perkataan...
Tapi gagal dilihat pada zahirnya...
kerana cinta itu tanggugjawab.....
Dimana wujudnya kesetiaan dan kejujuran didalamnya...
Ingat pada yang satu...
Ingat pada yang setia...
Ingat pada yang kasih...
Ingat pada yang rindu...
Rindu pada yang menyangimu...
Cinta tak akan datang kalau tak ada sesiapa yang memberi....
Tapi mencari biarlah pada yang sudi....
Bukan meminta pada yang simpati....

semuanya adalah takdir...
Yang bukan dicari...
Tapi datang tanpa diundang...
Dan payah untuk dibuang....


Sesungguhnya ilmu itu datangnya dari langit...
Pengetahuan datangnya dari pembacaan dan kuliah...
Ilham pula dari pengamatan..renungan dan pengalaman....