Monday, June 29, 2009

PeRjAlAnAn kE UITM DuNgUn Yg X kAn Ku LuPa

Syukur alhamdulillah.... Allah masih memberi aku kesempatan untuk menceritakan apa yg belaku sepanjang perjalanan aku ke dungun tanggal 26 hari bulan 6 yang lepas....


Pada petang jumaat yg baru lepas aku bersiap-siap untuk ke Uitm Dungun....kami sekeluarga bertolak dari rumah lebih kurang pukul 5.15 ptg...Disebabkan aku akan singgah di kampung aku di Janda Baik jadi kami bertolak pada petang tu agak awal sedikit dari pada perancangan asal....


Aku suami dan 4 anak aku naik kereta manakala anak lelaki aku menunggang motor seorang diri....sebab anak lelaki aku bercadang nak tinggal di janda baik dia x mau ikut katanya banyak kerja sekolah....jadi aku izin kan dia tinggal lagipun bukan rumah orang lain..rumah mak aku jgk....


Kami sampai dijanda baik lebih kurang pukul 6.30 ptg...aku terus melawat kakak aku yg no 4 kerana dia baru bersalin walaupun dah 30 hari tapi baru hari ini aku dapat melawat dia...
comel betul anak dia geram aku...aku pulak telalu geram kat baby tu lupa lak nak ambik gambar dia.... tapi x per aku dah save muka dia dalam hati aku...hahaha


Lepas tu aku kerumah mak pulak untuk tgk anak buah aku sorang lagi...yg ni anak adik lelaki aku dah 3 bulan tapi baru ni jgk aku dapat jumpa sebab adik ipar aku bersalin di rumah mak dia diraub baru 2 minggu balik ke rumah mak semula....ermmm thn ni aku dapat 2 org ank buah lelaki....bertambah lagi ahli keluarga aku....


Rumah mak dengan rumah kakak2 aku ni sebelah2 je...jadi senang laa aku nak jumpa semua sekaligus....rumah mak kat tengah2.. rumah kaklong sebelah kiri.. rumah kaklang gan rumah kak ngah sebelah kanan....lepas jumpa semua aku rehat sekejab dan tumpang solat maghrib dirumah kaklong...aku singah pun sebab kaklong anak aku nak jumpa dengan wan aki gan mak2 sedaranya semua sblom dia g ke trganu....


Lepas kami semua solat isyak aku dan anak2 bersiap2 untuk meneruskan perjalanan kami ke dungun....yg pergi aku suami isteri anak sulung aku dan adik2nya zimah itah dan adib....
kami bertolak dari janda baik lebih kurang pukul 9.30 mlm....masa tu suami aku yg drive
aku berehat kat sebelah sebab hari ni aku agak penat jgk megemas rumah dan sebelah pagi tu aku ke sekolah itah ambik report kad...nasib baik la budak2 yang aku jaga semua x dtg hari ni....


Sedar x sedar kami dah sampai ke R&R Temerloh...kami berhenti makan sebab masa bertolak tadi kami mmg x makan nasi lagi...selesai makan dan buang apa yg patut kami meneruskan perjalanan...kali ini aku pulak yg drive sebab suami aku dah mengatuk...dia mmg x boleh drive sngt mlm2 ni cepat mengatuk....jadi terpaksa la aku ambik alih klu tak mmg tak sampai la kami ke dungun....


Aku drive mcm biasa tak laju dan tak perlahan...sedap je dorang semua tido walaupun baru je 5 km kereta bergerak....disini la bermulanya detik yg membuatkan hati aku sedikit goyah bila drive mlm2 ni...


Disebab kan hari lewat mlm dan baru lepas minum aku terasa nak terkuncil....jadi aku singgah di R&R Gambang...dorang semua masih tido... bila aku dah matikan kereta baru dorang tersedar
disebab kan dah tak tertahan aku pun berlari masuk ke tandas....jeng... jeng... jeng.....pijak je kaki aku didalam tandas tu tiba2 meremang bulu roma aku...mmg dalam tu hanya aku sorang tapi aku kuat kan jgk sbb aku mmg dah tak tahan sngt...aku tak toleh kiri kanan selesai jee aku berlari terus ke kereta...aku tgk jam masa tu tepat pukul 12.30 mlm...tapi mmg aku masih rasa bulu roma aku berdiri semacam jee


Disebab kan aku tak nak menakut- nakut kan anak2 aku jadi aku diam kan je...
lebih kurang 5 km aku drive.. sekali lagi aku rasa meremang bulu roma dan disebab kan hari gelap kereta pun kurang malam tu ntah mcm mana aku terlanggar sesuatu... mmg masa tu aku tak nampak ada benda tu kat depan bila dah dekat baru aku nampak tapi dah tak sempat nak megelak aku sediri pun tak tau apa yang aku langgar...mmg aku megucap panjang masa tu... suami aku gan kaklong tersedar bila dgr aku megucap dorang tanya.. aku jawab jee aku tak tau aku terlangar apa tapi masa tu aku mmg x pandang cermin belakang pun sebab aku mmg terasa sesuatu yang membuatkan bulu roma aku meremang....masa tu lebih kurang pukul 1 mlm....


Memang aku memandu dalam keadaan berhati hati sebab hari dah lewat malam kereta pulak mmg kurang malam tu....tambahan pulak ini lah kali pertama aku drive highway ni...mmg terasa la seram nya tapi aku yakin tak ada apa2 yang berlaku jadi aku tabah kan hati untuk terus memandu....


Aku sampai di tol Jabor dalam pukul 1.45 mlm...aku memandu mmg ikut papan tanda je la sbb aku mmg tak mahir jln ni...tapi alhamdulillah sampai jgk aku di jajahan terengganu....
aku masih lagi drive manakala yang lain terus dibuai mimpi....aku sampai di kemaman lebih kurang pukul 2.55 mlm..eh ni dah kira awal pagi kan....


Ermm kawasan ni aku kena berhati2 sikit sebab jalan dah sempit dan bas pulak dah banyak yang sampai waktu2 ni...diselang seli pulak dengan triler yg semuanya bawak tak ingat dunia ni....dia ingat jln ni dorang yang punya apa..bawak laju2 tak ambik peduli pada kita ni yang bawak kereta....


Waktu2 macam ni mata aku memang tak dinafikan dah terasa mengatuknya....ada jgk beberapa kali aku terbabas ketepi dah ketengah tapi alhamdulillah tak ada pekara yang tak di ingini belaku sepanjang jln...


Sedar tak sedar aku dah pun sampai ke simpang Uitm...masa tu dah pukul 4 pagi jadi aku pun tak tau nak pergi kemana aku ajak jee dorang g tgk sampai ke depan pintu pagar Uitm tu...klu ikut kan janji dgn sepupu suami aku bila dah sampai kami akan terus ke rumah dia..tapi aku rasa mcm tak berasa selesa pulak nak mganggu dorang awal2 pagi mcm ni....


Aku ingat kan kami orang yang terawal sampai didepan pintu pagar tu rupa2nya dah ada beberapa buah kereta yang dah pun parking depan tu...dorang tido dlm kereta....
aku pun tak tau sangat dgn kawasan tu dan cari rumah sepupu suami aku pun tak jumpa jadi aku patah balik ke jln utama dan aku park kerete depan petronas dan aku keluar untuk meluruskan sendi2 aku sekejab lps tu aku berehat dalam kereta menunggu subuh baru aku dan suami bercadang nak call sepupu dia....


Mata aku ni walaupun mengatuk tak mau pulak tidur walaupun seminit dua....jadi aku dgn kak long kami bediri diluar sambil tgk bintang yang ada sambil2 bersembang kosong sementara yang lain masih lena diulik mimpi....masa bagi aku terlalu lambat berjalan aku pun tak tau apa nak buat bila time2 mcm ni...


Bila waktu dah subuh aku kejut kan suami...dan ajak dia cari rumah sepupu dia....alamat mmg kami ada tapi kami tak jumpa lorong rumah dia di sura tenggah....kami pusing2 didepan Uitm tu dan kami berhenti di Teluk Gading depan kampus Uitm tu...suami aku pergi solat subuh disurau bersebelahan dengan gerai2 makan disitu.....


Bila dah pusing beberapa kali tapi masih tak jumpa rumah sepupu suami aku....kami berhenti didepan sekolah rendah disura tengah dan call sepupu suami aku....waktu tu dah hampir pukul 7 pagi jadi kami meyedut udara laut yang segar pagi tu..sementara menunggu sepupu suami aku datang didepan sekolah tu....




Diatas adalah pemandangan waktu subuh di pantai sura tenggah


Rupa2nya rumah nya mmg tak jauh pun dari tempat kami menunggu tu cuma lorong nya jee yang kami tak jumpa....sebab tak ada papan tanda pun....


Akhirnya sampai jugak kami di rumah sepupu suami aku....kami berbual ala kadar dan tumpang mandi semua sebab kak long akan mendaftar pukul 8 pg....sambil2 sarapan kami berbual dan tanya sedikit sebanyak info tentang Uitm ni sebab suami sepupu tu dekan di Uitm tu mana kala isterinya pensyarah akuan di tempat yang sama....jadi dapat jugak la kami maklumat yang lebih tepat lagi....


Bila waktu dah pukul 8 lebih ....kami pun bertolak ke Uitm yang tak berapa jauh dari rumah sepupu tu.....

ok aku stop disini dulu aku akan sambung lagi cerita perjalanan aku ni di entri yang seterusnya.....

babai jumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment