Thursday, July 9, 2009

PeRjAlAnAn PeNuH dUgAaN

urmm...mungkin apa yang aku nak kongsikan ni dah basi....sebab ni cerita aku balik dari dungun bulan lepas...tapi kalau korang semua tak mau baca pun tak apa biar aku sorang yang baca....hahaha.....

Kami bertolak dari Uitm lebih kurang pukul 2.45 petang....sesudah selesai hantar along balik ke hostel dia....masa ni suami aku yang drive kete....

Dipendek kan cerita kami sampai dikuatan rumah pak uda aku dalam pukul 5.40 ptg...kami singgah sebab aku mmg dah agak lama tak berjumpa dgn pak sedara aku ni...dan yg keduanya kami singgah sebab nak ambik anak sedara aku yang duk dgn pak uda aku ni...

Cerita punya cerita sembang punya sembang selesai solat maghrib kami pun bertolak lah dari rumah pak uda aku ni....Disini lah bermula al kisah nya....


Sebaik keluar dari rumah pak uda aku tak sampai pun jarak 3 buah rumah tiba2 aku rasa kete aku ada yang tak kena...suami aku berhenti kan kete aku turan tengok tayar belakang belah tempat duduk aku dah pancit...terdetik dihati aku dugaan apa yang aku terima malam ni....
aku berdoa pada yang satu mintak dijauhkan dari musibah2 yang lain... lindungi lah anak2 aku yang berada dalam kereta ini Ya ALLAH.....


Selesai tukar tayar kami meneruskan perjalanan...aku hanya duduk diam sebab dada aku masih rasa bedebar2 bila kedua2 tayar depan dah rasa lain mcm...tayar depan jln mcm gelong sebab makan dalam....


Apa yang mampu aku lakukan hanya lah berdoa agar kami semua selamat sampai di Janda Baik...tapi kita hanya merancang tuhan jugak lah yang menentu kan nya....aku beserah padanya kalau malam ini adalah ujian bagi aku dan suami aku....


Sampai di R&R Gambang suami aku rasa dah tak leh nak drive....jadi hajat hati kami singah nak makan mlm rehat sekejab.. sekali lagi dugaan kami mlm ni....biasa laa bila dah berhenti suami aku matikan kete..bila kami nak turun lupa lak nak naik kan cermin.. suami aku cuba hidup kan kereta balik tapi bila cuba 2 ke 3 kali tak jgk mau hidup....


Suami aku dah temenung kan luar bila cuba tak jgk mau...periksa semua nampak cam ok.. mana laa nak tau rupa2nya bateri buat hal...disebab kan risau kan kereta dan perjalanan masih jauh hilang terus rasa lapar...apa yang terlintas cuma nak bagi kereta hidup balik jee...


ALLAH maha kaya... di kirim kan nya seorang hamba allah ni untuk datang ke kereta kami bila tgk kami ada masalah hamba allah ni menawar kan diri untuk menolok kereta kami....hahahaha
bayang kan laa nak tolak kereta yang berat ya amat ni....aku turun dari kereta bila hamba allah ni dengan sedara maranya datang memberi bantuan....

1...2...3 dengan kelajuan pantas 4 org lelaki2 yang gagah2 ni maka dengan izinnya kereta kami hidup kembali....terima kasih tak terhingga aku ucapkan pada jejaka2 ini....hanya allah sahaja yang mampu membalas budi baiknya.....


Kami pun meneruskan perjalanan dengan dada yang berdebar2....hanya berserah padanya kalau belaku apa2 di tengah jalan...jalan tak sampai 2 km suami aku mintak aku yang drive sebab dia dah mengatuk....aku ok jee dari tido tepi jalan... baik aku drive slow2


Jalan malam ni agak gelap sebab hari nak hujan....aku drive slow je kereta banyak pulak malam ni...mula2 sangkaan aku mmg gelap sebab nak hujan tapi rupa2nya ada pekara lain pulak yang
timbul...


Masa aku tengah memecut nak potong kereta didepan aku terpandang meter...meter kereta mmg gelap lampu dia tak mati...jadi masa aku memotong tu cahaya lampu kereta yg aku potong tu terang jadi aku nampak meter minyak dah bawah dari separuh....masakan aku tak terkejut.. jadi aku pun terjerit pada suami aku yang sedang tido kat sebelah tanya dia btui tak apa yang aku nampak ni.....


Dia pun bingkas bangun dah suluh dengan lampu mmg btui apa yang aku dgn dia nampak....sedangkan tadi suami aku dah isi minyak penuh dibandar kuatan... bertambah cuak la aku dibuatnya...mana tak aku baru jee lintas petrol pam di R&R maran...mmg lepas ni jauh la pulak klu nak jumpa pun....


Tapi aku tetap memandu dengan hati2 sebab aku rasa hari makin gelap....dan bila aku cuba bagi singnal dan tekan brek lampu kereta aku jadi bertambah malap...bermula disini laa aku rasa macam meraba2 dijalan raya ni...klu tentu gelap mmg nampak jalan tapi klu ada kereta di belakang aku jadi tak nampak jalan ....sebab silau cahaya kereta orang lain....


Hati tak usah cakap laa mmg berperang dengan perasan sediri..apa yang aku fikirkan anak2 yang tido dibelakang....hanya tuhan yang tau...sebab aku dapat rasakan yang kereta dibelakang mcm tak nampak kereta aku didepan sebabnya lampu belakang pun dah malap....ada jgk aku rasakan yang nyaris2 nak merempuh aku dari belakang..aku tak boleh nak salahkan dorang sebab dorang tengah laju tiba2 bila dah dekat baru perasan ada kereta aku yang lampunya lebih cerah dari cahaya lampu suluh aku....


Bila sampai di tol bandar karak aku tanya suami aku sama ada nak berhenti kat sini atau teruskan perjalanan...sebab aku tengok langit mmg gelap nak hujan...aku cakap lepas ni jalan dah gelap sbb dah masuk jalan biasa bukan kawasan plus....kami berhenti untuk tanya diri masing2 nak teruskan atau berhenti kat sini....


Bertindak megikut arahan.... suami aku memutuskan teruskan perjalanan katanya paling tidak sampai tol bentong...aku dengan hati yang berdebar2 meneruskan memandu dengan cermat sebab lampu depan mmg semakin malap...


Tak sampai 1km pun hujan turun berintik2 aku masih boleh kawal kereta...aku betul2 beserah diri pada allah yang maha kuasa....wiper mmg tak boleh nak gerak kan sebab bateri dah tak ada...sekarang kereta ni betul2 bergantung pada autonetor(kalau salah eja maaf la)
makin kedepan hujan makin lebat last2 aku angkat tangan yang aku mmg dah tak boleh nak drive kereta ni...hujan turun betul2 lebat sekali aku behenti tepi jalan mmg bahaya sebab jalannya kaki lima pun sempit....


Memang terlintas dihati kalau ada bas atau lori yang rempuh dari belakang biar lah mati semuanya jangan ada yang mederita putus kaki atau tangan....sampai aku rasa macam dah nak terkuncil dalam seluar bila berada dalam keadaan macam ni....anak2 semua tido hanya aku dengan suami yang sama2 cemas....aku tukar tempat duduk dengan suami aku sebab aku rasa mengigil masa ni...suami aku call abg ipar aku kat janda baik tanya mcmana nak buat nak n mintak dia stanby kalau kami langsung tak boleh jalan kami akan mintak dia datang ambik...


Bila hujan dah reda suami aku drive slow2...aku tak usah cakap la macam2 yang belegar2 difikiran aku...dalam keadaan yang agak mecemaskan tu along call tanya dah sampai ke belom
aku cakap masih dalam perjalanan aku tak cerita masalah yang kami hadapi sebab aku tak nak buat dia risau...aku kenal dengan sikap dia kang tak pasal2 dia tak tido satu malam tau2 esok dah sampai kl jee...


Sedikit demi sedikit kami dah hampir dengan tol bentong tapi aku sediri pun tak terkira berapa kali kami terpaksa berhenti sebab hujan sekejab turun sekejab berhenti...


Akhirnya selamat jugak kami sampai di tol bentong...aku tanya suami nak teruskan atau nak suruh abg ipar aku datang ..dia cakap kita jalan slow2...aku ikut je sebab hati dah tak la risau sangat bila sampai kawasan aku ni...


Memang mata aku dengan suami tak lepas pandang apa didepan dan dibelakang sebab lampu mmg makin malap...dalam pada tu kami tetap meneruskan perjalanan dengan slow yang amat sangat...


Bila lepas simpang bukit tinggi resort aku rasakan yang kami bawak kereta tak berlampu...
sebab kawasan ni dah berkabus...aku tak buang masa terus call abg ipar aku mintak dia tunggu dekat bukit tinggi ...mmg masa ni main redah jee..kami cuba bertahan sampai bukit tinggi...


Hanya tuhan yang tahu hati aku dengan suami aku masa ni...betapa aku bersyukurnya pada yang maha esa kerana dengan penuh dugaan dan cabaran akhirnya sampai jugak kami di bukit tinggi....lepas kami medaki tak jauh dari balai polis aku dah nampak jep cherokee abang ipar aku..hati aku betul2 lega bila sampai dekat sini....sebab dah tak jauh dari rumah mak...

Jam waktu ni dah hampir pukul 1.30 mlm...masa kami medaki bukit dekat hutan rimba suami aku terlanggar musang yang melintas...maaf yang mampu keluar dari mulut kami mmg tak boleh nak megelak apa2 pun...sangka ku musang tu terus melintas rupa2nya dia patah balik kebelakang..tu yang tak sempat nak megelak....

Akhirnya.... alhamdulillah selamat jugak kami sampai dirumah mak dengan penuh dugaan di sepanjang perjalanan....abang ipar aku terus chek kereta aku dan yang buat aku tak terkata sambil bersyukur tak tau apa nak kata lagi bila abang ipar aku cakap yang paip minyak kereta bocor silap haribulan kalau minyak tu mermercik ke plug mmg kereta kami terbakar....ini lah pegalaman aku yang tak terucap dengan kata2....HANYA TUHAN YANG TAHU betapa bersyukurnya bila selamat sampai rumah mak....

Anak2 aku yang tido dibelakang dengan sepupunya mmg tak tau apa2 pun yang belaku....
sepanjang perjalanan....biar hanya kami yang merasa betapa peritnya untuk sampai malam tu....
Kenangan ini mmg tak terucap dengan kata-kata.............


Allah panjangkan umur aku untuk berkongsi cerita ku ini......volvo bbv 232

No comments:

Post a Comment