Sunday, May 27, 2012

KEJALAN ALLAH

KEJALAN ALLAH
Barang siapa yang meninggalkan solat (sembahyang)maka akan disiksa akannya sebanyak 15 perkara:-
          
      6 perkara diatas dunia                                   
      3 perkara diwaktu hendak mati                                  
      3 perkara di waktu dalam kubur
      3 perkara di waktu ia bertemu dengan ALLAH
                                  
        6  perkara diatas DUNIA ialah
      1. Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
      2. Dihilangkan  rezekinya di dalam usahanya
      3. Dikurangkan pengaruh-pengaruh yang baik pada dirinya
      4. Tiada terpelihara baginya agama Islam
      5. Tiada diangkat oleh malaikat ke langkit segala doanya
       6. Segala amal kebajikan yang diamalkan di dalam dunia ini tiada
        diberi pahala oleh ALLAH akan dia.
                           
      3 perkara diwaktu hendak MATI ialah
    1.Dimatikan di dalam kehinaan
    2.Dimatikan di dalam keadaan yang tersangat lapar
    3.Dimatikan di dalam keadaan yang tersangat haus walau
     dituangkan air sebanyak - banyaknya   

      3 perkata di waktu dalam KUBUR ialah
 1. Disempitkan kuburnya dan diperintahkan dua orang malaikat menyiksanya
      sampai Qiamat
2.Didatangkan ALLAH S.W.T. seekor ular yang bernama Shuja Unabnak dan kedua
       matanya daripada api neraka untuk mengigit kami
3.Didatangkan malaikat yang pada tangannya ada tongkat daripada besi sambil
   berkata dengan suara yang kuat seperti guruh yang keras,
    "AKU DISURUH ALLAH MEMUKUL AKAN ENGKAU DARI SUBUH
  HINGGA ZOHOR,DARI ZOHOR HINGGA ASAR,DARI ASAR HINGGA
  MAGHRIB,DARI MAGHRIB HINGGA ISYAK,DARI ISYAK HIN
SUBUH". Tiap-tiap kali pukulan itu tertanam mayat kita sampai 70 hasta ke dala
bumi maka dikeluarkan dengan kukunya itu adalah sehari semalam dalam
 perjalanan itu dipukul hingga hari Qiamat.

   3 perkara diwaktu bertemu dengan ALLAH ialah
                           
 1.Diperintahkan kepada malaikat semua diantaranya pada tangan Malaikat
    itu ada suatu rantai yang panjangnya 70kaki,maka digantungkan leher kita dan
     di masukan ke dalam mulut kita sehingga dikeluarkan pada dubur kita.Kemudian
      berkatalah Malaikat yang lain,"INILAH BALASAN ORANG YANG
      MENINGGALKAN SOLAT FARDHU YANG DISURUH OLEH
       ALLAH S.W.T.".Kemudia dibawa ke Neraka.
      2.Tiada dimasukan didalam gulungan orang yang mendapat rahmat ALLAH S.W.T
     3.Diberi siksa azab yang amat pedih.

 Disamping itu juga terdapat dosa -dosa bagi orang- orang yang meninggalkan solat fardhu.Diantara dosa-dosanya ialah:-

SUBUH  : Meninggalkan satu solat Subuh,akan dicampakkan oleh ALLAH S.W.T. kedalam api
                  Neraka jahanam selama 60 tahun.

ZOHOR : Meninggalkan satu solat Zohor  dosanya sama denganmembunuh orang Islam 1,000 orang.

ASAR : Meninggalkan satu solat Asar dosanya sama seperti orang yang meruntuhkan Ka'abah.

MAGHRIB:Meninggalkan satu solat Maghrib dosanya sama dengan berzina dengan ibunya kalau ia lelaki,dan telah berzina dengan bapanya kalu ia perempuan.

ISYAK:Meninggalkan satu solat Isyak,Allah berfirman,"HAI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT ISYAK,AKU TIDAK REDHA ENGKAU TINGGAL DI BUMI AKU LAGI".
Sesungguhnya segala perbuatannya dan pergerakannya berdosa.

Dengan ini saya berharap saudara/saudari dapat meluangkan sedikit masa menemui yang Maha Esa.Janganlah kita mengutamkan dunia berlebihan hingga tiada seminit dua pun untuk bersolat.

Akhir kata,ada jalan-jalan daripada Allah S.W.T. kepada insan,tetapi tiada jalan daripada insan kepada ALLAH S.W.T.Oleh itu janganlah tuntut ilmu yang membawa kamu jauh dari Allah.

PERINGATAN:Setelah dibaca,sila edarkan kepada kaum keluarga atau sahabat handai supaya manfaatnya lebih meluas.
     

No comments:

Post a Comment