Monday, June 18, 2012

Ahmad Danish Haziq

Assalamualaikum.....
Al-Fatiah buat  Ahmad Danish Haziq anak suadara aku yang tak sempat dilahirkan kedunia...
Pagi khamis bersamaan 14.6.2012 lebih kurang pukul 10 pagi aku dapat sms dari adik bongsu aku...
beliau megatakan yang beliau bersama isterinya berada di HKL..sms dia berbunyi mcm ni..."kak orang dekat HKL..tak ada rezeki"..tuhan je yang tahu hati dan perasaan aku masa tu..nak marah sebab adik aku tak cerita duduk pekara yang sebenar sedih dan terkejut semua ada....sejak dari hari adik ipar aku di masukan ke wad aku berulang ke HKL...sehingga la mlm semalam bersamaan 17.6.2012 arwah Ahmad Danish Haziq keluar dari rahim ibunya...dalam waktu yang sama aku bersama fmly mmg cemas bila dapat tahu uri adik ipar aku lekat dan doktor mintak di masukan ke dewan bedah untuk korek urinya kluar..aku mmg risau sbb aku tahu risiko klu uri terlekat ni boleh mendatangkan bahaya pada nyawa siibu...

Alhamdulillah bila pukul 11.30 malam kami diberitahu uri adik ipar aku telah jatuh dengan sedirinya...kami hanya menunggu untk membawa jenazah Ahmad Danish Haziq di HKL sebab aku nak kena jmput anak dara aku di K4 wangsamaju...aku akan tunggu dirumah sehingga jenazah sampai....dalam pukul 2 pagi adik2 aku bawak balik jenazah..aku turun untuk sambut jenazah sbb aku tahu tentu adik aku x kuat untuk terus mengendong jenazah anaknya...aku pon tak kuat jugak sebenarnya...tapi aku kena tabah kan hati dan kuat kan semangat aku untuk adik2 aku ni...aku dgn adik aku menjaga arwah sambil baca kan Yassin dan pasang bacaan Yassin di tv sampai pukul 5 pagi...aku mmg tak dapat nak menahan rasa mengantuk banyak kali jugak la aku terlelap atas sofa..tapi aku sedar yang adik aku tak pejam kan mata pon demi menjaga arwah anaknya...
dalam pukul 5.15pagi 18.6.2012 adik,anak sulung aku  bersama dengan mak dan jugak adik aku sorang lagi berangkat ke Kampung aku di Janda Baik untuk kebumikan arwah Ahmad Danish Haziq di sana...aku tak ikut sera sbb aku tak ada transpot..hanya doa kau megiringi dorang semua dalam perjalanan hingga lah selesai urusannya...

Disebabkan aku kepenatan dan tak cukup tido hari ni satu hari aku tak kluar kemana2 pon...adik ipar aku pon aku tak g melawat hari ni...bukan malas tapi betul2 rasa badan ni tak larat...dari hari petama adik ipar kau dimasukkan ke Wad aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan Nya...bagi aku inilah pergalaman pertama aku lalui menguruskan hal adik2 aku ni...berulang alik ke hospital..kendong jenazah dalam dakapan dada aku...berjaga menjaga jenazah...pegalaman yang tak mungkin aku lupakan dalam hidup ku...aku mmg tak bukak jenazah sebab aku tak sampai hati nak melihat wajah baby yang comel tak bernyawa lagi...aku kirimkan doa untuknya setiap kali aku menunaikan solat 5 waktu..arwah baby sememangnya bersih dari dosa....

aku berharap apa yang berlaku ni ada hikmah dan pengajaran buat adik dan jugak adik ipar aku...
dan aku doakan agar adik2 aku akan mendapat zuriat tak lama lagi...Aminnnn....

No comments:

Post a Comment