








Assalamualaikum...
Hari kedua kita menyambut hari raya korban...Alhamdulillah raya korban tahun ni sungguh bermakna bagi kami...seronok..gembira kami bersyukur kerana diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menyambut hari raya korban bersama2 penduduk Rumah Pangsa Dahlia...menu untuk kami sekeluarga semalam nasi ayam..tak sempat aku nak snap gambar sbb smlm agak sibuk jgk bagi aku dan suami aku...
Tahun kedua kami sekeluarga sambut raya korban diRumah Pangsa Dahlia,Dan tahun pertama Solat raya disurau Rumah Pangsa Dahlia,Tahun petama jugak megadakan majlis korban..Seekor lembu disumbang oleh (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib ,sekor lagi oleh pegerusi Rumah pangsa Dahlia dan beberapa org penduduk...
Selesai Solat raya aku dan beberapa jiran sempat kami singgah beberapa rumah jiran2...perbagai menu jugak yang dijamu oleh tuan rumah...Spageti,,nasi impit kuah kacang..laksa lemak kelantan..rendang ayam...lps isi perut perut kami turun membantu kawan2 lain didapur surau...untuk menyediakan hidangan makan tengahari untuk kaum2 Adam yang berkerja kuat melapah dan menimbang daging dibelakang surau...
Menu kami Sup tulang dgn daging goreng...biasa la bila kaum2 hawa bergotong royong riuh rendah suara didapur surau..tapi yang penting kerja berjalan dan siap semuanya....Selesai Solat Zohor semua penduduk menjamu selera...meriah dan seronok aku rasakan bila tengok semua jiran2 turun bergotong royong bersama2...kurang lbih hampir pukul pukul 3ptg baru siap aku dan beberapa jiran membasuh pingan mangkuk dan mengemas semuanya...penat tak usah cerita la kaki dan pingang rasa nak tercabut skru2nya...nak dijadikan cerita pulak lif satu lagi mati...mmmg besar labu betis la bila naik turun guna tangga...nak guna liff mmg lambat la bila satu je yg boleh digunakan...
Hari ni ada 12 ekor lembu ditumbang kan berhampiran rumah aku...aku x larat dah nak pegi..biar la orang2 kuat je yang turun padang...tgk dari rumah je la nampaknya..
No comments:
Post a Comment