Suasana hening lagi sepi,Dikejauhan sesekali kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang menuju ke destinasi tersendiri...Sesekali angin bertiup menampar lembut dipipiku...
Oh nyamannya....
Apabila kali pertama mata bertentangan mata,lidah kelu tidak mampu melahirkan walaupun sepatah kata...Cinta itu adalah satu anugerah terindah,Cinta itu cuma satu patah perkataan,Maknanya berbeza bagi setiap insan.
Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa,
Cinta pada ALLAH saja yang abadi.
Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta,
tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta
kerana cinta bukanya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar,
sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan....
Cinta memang indah tapi apabila cinta disertai dengan dusta dan pembohongan,
maka keindahan cinta itu akan hilang.
Cinta tidak boleh dipaksa,
Nantikan kehadirannya dengan sabar.
Cinta datang pada saat yang tak terduga,
jangan lari dari cinta kerana cinta sangat misteri,
punya kekuatan yang luar biasa....bukan untuk difahami...
tapi dirasa...Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang
ditakdirkan untuk kita....hanya saat kita merasakan cinta,kita akan tahu apa itu cinta....
Cinta bukan dari kata-kata,Tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada yang memerlukan.. .Kalau kita tiba-tiba jatuh cinta pada sahabat kita sendiri,perasaan itu jangan lah kita tunjukkan kerana cinta akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah dari ALLAH...Dan bagi sesetengah orang cinta membuatkan seseorang bersemangat untuk hidup.Rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan....
Walaupun perasan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah daripada ALLAH...
Tetapi kita perlu sedar bahawa...Keabadian cinta itu tidak akan peroleh sebagai satu anugerah...
Tanpa diiringi usaha dan susah payah...
Kita jangan menyukai dan puja seseorang lebih dari rasa cinta kita pada ALLAH...
Mencintai seseorang hendaklah mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak....
Melimpah kasih ALLAH kalau kita letak kasih pada DIA dulu sebelom cinta kita pada kekasih.....
"Diberi dua mata,tujuan yang pertama adalah...
Melihat kebaikkan orang lain..
Dan kedua adalah muhasabah kelemahan sendiri"....
No comments:
Post a Comment