Thursday, November 24, 2011

Bersabar wahai atiey

Apa aku nak kata lagi..bila kepala tgh serabut...aku pun tak tahu nak fikir menda dah ni...aku tahu semua orang ada masalah...tapi ada masanya aku tak boleh nak terima bila keadaan berterusan cam gini...
arrrggghhhhh.......Tensionnya aku hari ni...
bila la semua nak berubah aku betul2 lelah dengan semua ni....aku sedar airmata bukan penyelesai masalah...tangisan juga tak mampu merungai segala kekusutan....
ada kalanya aku tidak setabah mana pun untuk menghadapinya berseorangan....
ada ketika aku tewas jugak...
tapi aku sedar...perjalanan hidup ini harus diteruskan walau pahit untuk ditelan... berat untuk dipikul....aku tak harus karam dengan perasaan aku sediri...
Ya-Allah...Ya-Tuhanku...kau berikan lah aku ketabahan hati....dan kekuatan iman untuk menghadapi dugaan2 dan ujian dari mu ini Ya-Allah....
sesungguhnya aku manusia biasa yang ada ketikanya hanyut dan lalai terhadapmu.....


Pesanan untuk diri sendiri

"Tidak ALLAH jadikan sesuatu itu sia-sia....
yang menjadikan sia-sia itu adalah akal yang....
tidak mahu berfikir dan mengambil pengajaran....
Hikmah diatas apa yang berlaku".....

Ada masanya kepala aku ni ting tong jugak....
ada masanya rasa nak tumbuk muka orang nak melepaskan geram pon ada jugak...
nak menjerit kuat2 kang orang kata aku gila pulak..tak pasal2 masuk rumah bahgia...penyudahnya kat sini la aku nak melepaskan apa yang terbuku dihati.....
aiishhh apa la nak jadi dengan aku ni bercakap dgn komputer ni sorang2....
Inilah diri aku...yang bernama atiey......

Wednesday, November 23, 2011

Cinta dan kehidupan


Suasana hening lagi sepi,Dikejauhan sesekali kedengaran bunyi kenderaan yang lalu lalang menuju ke destinasi tersendiri...Sesekali angin bertiup menampar lembut dipipiku...
Oh nyamannya....
Apabila kali pertama mata bertentangan mata,lidah kelu tidak mampu melahirkan walaupun sepatah kata...Cinta itu adalah satu anugerah terindah,Cinta itu cuma satu patah perkataan,Maknanya berbeza bagi setiap insan.
Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa,
Cinta pada ALLAH saja yang abadi.
Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta,
tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta
kerana cinta bukanya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar,
sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan....
Cinta memang indah tapi apabila cinta disertai dengan dusta dan pembohongan,
maka keindahan cinta itu akan hilang.
Cinta tidak boleh dipaksa,
Nantikan kehadirannya dengan sabar.
Cinta datang pada saat yang tak terduga,
jangan lari dari cinta kerana cinta sangat misteri,
punya kekuatan yang luar biasa....bukan untuk difahami...
tapi dirasa...Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang
ditakdirkan untuk kita....hanya saat kita merasakan cinta,kita akan tahu apa itu cinta....
Cinta bukan dari kata-kata,Tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada yang memerlukan.. .Kalau kita tiba-tiba jatuh cinta pada sahabat kita sendiri,perasaan itu jangan lah kita tunjukkan kerana cinta akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah dari ALLAH...Dan bagi sesetengah orang cinta membuatkan seseorang bersemangat untuk hidup.Rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan....

Walaupun perasan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah daripada ALLAH...
Tetapi kita perlu sedar bahawa...Keabadian cinta itu tidak akan peroleh sebagai satu anugerah...
Tanpa diiringi usaha dan susah payah...
Kita jangan menyukai dan puja seseorang lebih dari rasa cinta kita pada ALLAH...
Mencintai seseorang hendaklah mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak....
Melimpah kasih ALLAH kalau kita letak kasih pada DIA dulu sebelom cinta kita pada kekasih.....

"Diberi dua mata,tujuan yang pertama adalah...
Melihat kebaikkan orang lain..
Dan kedua adalah muhasabah kelemahan sendiri"....




Anak bongsu ku




Assalamualaikum

Baby demam dah 4 hari ...makan pon x nak, mungkin x de selera agaknya...
kesian tgk muka dia yang selalu ceria banyak mulut tuh senyap menangung demam dan tak selesa rasa badan..baring dalam bilik tak kena baring atas sofa tak kena..aku faham cam tu la bila kita rasa badan x sedap...paling x sampai hati tgk malam dia x bole nak tido...ngatuk tak ngatuk aku kena jugak selalu baring sebelah dia..risau ada masa-masa badan dia mengigil-gigil.. kadang2... tiba-tiba dia terkejut...





Tuesday, November 22, 2011

Solat diakhir waktu

Assalamualaikum
Aku membaca perlahan.Seterusnya membaca dalam hati.
'Rupa-rupanya ada cerite kalau kita lewatkan solat.Jika berpuasa,amalan kita terus pada ALLAH.Tapi jika kita bersolat,ada 'Posmen'pula yang hantar amalan kita pada-NYA."
'Setiap kali kita solat,ada malaikat yang hantar amalan solat kita pada-NYA...ia kena melalui 'tol-tol' di setiap lapisan langit.Malaikat yang menjaga setaip 'tol'.Maknanya tidak ada sekatan.Tidak ada jam.Malaikat terus sampaikan amalan kita pada ALLAH SWT untuk dinilaikan'.

"Jika solat pada akhir waktu,tak perlu bayar tol juga,tapi sekatannya,masya-ALLAH!
Dilangit pertama,penjaga tol marahkan posmen kita.Disoalnya,mengapa lewat poskan amalan kita?Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan,tapi penjaga langit pertama tak hiraukan,sebaliknya amalan lewat solat tadi dicampakkan balik kebumi lalu jatuh berderai!"

Aku berjeda dan meredakan kegusaran hatiku.
aku teruskan membaca untuk peringatan pada diri aku sediri

"Maka tidak sampailah amalan kita pada ALLAH
seolah-olah kita tidak solat jugak.jadi bersedialah kita menerima pembalasannya,
jika tidak di akhirat,didunia....
hilang duit,hati risau,ujian bertimpa-timpa.Jadi tidak ada maknaya solat lewat kerana amalannya tidak sampai...
Tidak ada nilai.Sebaliknya kena azab lagi."


"Mesejnya mudah...jangan lengahkan waktu sembahyang,"lagi lepas ni wahai Norsiati yer...
'Ya ALLAH,ampunkan lah kerana aku lalai.'









Monday, November 21, 2011

Baby demam rindu

Assalamualaikum....
Sedang asyik aku membaca novel...aku didatangi satu2 nya anak manja dan tersayang ibu nih...katanya nya lah...dah mmg terlebih manja nak buat camner kan..umur dah nak masuk 6 thn pon manja nya makin menjadi2..salah aku jgk kan kan ..nak kata apa lagi...tapi jujurnya aku sayang kelima2 anak aku ,x ada bezanya... manja ke tidak ker tetap kena marah jugak...melalut ke lain pulak aku ni..lain nak taip lain pulak yang keluar...ishhhh apa la jari2 nih...
Cam gini citenya...baby masuk bilik..dgn muka seposennya..ibu anak manja ibu ni demam...baby demam rindu along gan abang..huk..huk..hukk dgn nada sedih air mata berlinang lagi..baby..baby..rindu laptop abang..baby nak main game tembak2..haaa sudah aku cakap..tak kan la rindu laptop..kan abang nak guna aku pujuk dia...alaaa jom la kita pegi dungun ambik laptop dekat abang...ha sudah...parah dah ank aku sorang ni...dia menangis sedih dari air muka pon mmg aku rasa dia btui2 demam rindu dkt abang tersayang nya..sbb sejak abang balik bangun je tido dia macam tercari2...x der orang lain dah klu dgn muka sedih dia tuh...dgn muka sedih dgn air mata suruh aku call abang nya..kebetulan pulak hp aku dah abis crdt...merajuk la dia apa lagi....sabarrr je la melayan ragam orang demam rindu nih....

Sekarang cuti sekolah dah pon bermula jadi lepas solat subuh tak kalut nak hantar anak sekolah lagi...yer..yer jek mcm aku yg hantar setiap hari...yer la klu tidak ayah yang hantar aku jgk yg hantar kan... ntah apa mimpi pulak suami tersayang aku tu lepas solat subuh je dia terus mengemas rumah basuh pingan semua...jadi ringan la kerja aku..aku mmg suka klu dia megemas sbb dia menyapu bersih...jadi al kisahnya cuti sekolah ni tugas aku memasak je...yg lain2 apa lagi bagi arahan je la dekat anak dara dua orang tuh...tapi faham2 la budak2 sekarang ni..nak kena aku pasang radio tak bersiaran dulu baru lah dorang ni bergerak...aku senang je cakap sekali dua kali tak nak dgr aku masuk bilik aku buat hal aku...malas nak cakap banyak..lagi cakap banyak kita balik yang sakit hati dibuatnya...

Thursday, November 17, 2011

UPSR results


Salam ceria dari ku..
Syukur Alhamdulillah Siti Mashitah dapat results yang baik hari ni...walau pon tak sampai target
Tak ada apa yang lebih mengembira kan hati seorang ibu...selain tengok anak2 berjaya dalam perlajaran masing2....













Friday, November 11, 2011

My life 36

Salam ceria dariku..

Syukur Alhamdulillah aku masih bernafas sehingga ke saat ni...Aku bersyukur kerana subuh tadi aku bangun sediri,Bukan orang lain yang "mengejutkan" aku.Aku bersukur subuh tadi aku mandi sediri,Bukan orang lain yang memandikan aku.Aku bersyukur aku pilih sediri pakai sediri baju aku,Bukan orang lain yang pilih dan pakaikan baju untuk aku kerana kalau Orang yang memilih dan memakaikannya sudah tentulah bajunya daripada Kain yang berwarna putih,Aku bersykur aku berjalan keluar sediri dari rumah,Bukan orang lain yang membawa aku keluar.Aku bersyukur aku boleh membaca sediri ,Bukan ada orang yang bacakan untuk aku..Aku Bersyukur kerana ALLAH masih memanjangkan umur ku hingga ke hari ini.....

Makan - makan gemuk kan badan...

Birthday girls

aku N anak2 kesayanganku
anak sulung dan ank bongsu ku
syok tgk bujang ni makan
chikenchop
nyummm...nyummm
ni la hadiah setiap thn yg kami terima
nyumm..nyummmm


Assalamualaikum....
Syukur Alhamdulillah dah 20tahun usia anak sulung ku hari ni...
semenangnya kami mmg x pernah buat apa2 majlis pon...kami sekadar beri ucapan dan kalau ada rezeki macam hari ni la yg aku akan buat...nak tahu buat apa???bagi badan kami semua gemuk..muahahhahha....setiap tahun jgk lebih kurang 6 tahun kot sejak adik bongsu aku berkerja KFC mmg KFC la jadi hadiah kami berdua...ada jgk kadang2 tuh dorng beli kan kek.. tak pon kami berdua kongsi2 duit beli kek untuk kami berdua....muaahahhahah...
nak tahu sebab apa kau cakap kami berdua???sebabnya hari ni bday anak sulung ku, esok bday aku pulak...dah biasa la kami sambut berdua..x payah ramai2 janji kami hapayyy....
Sblom ni mmg aku kumpul duit skit2 untuk belanje anak aku makan chikenchop...tempat yang kami sekeluarga suka makan lambchop gan chikenchop kat cili padi food court carrefour..mmg kena dgn tekak kami la...pernah makan lambchop kat tempat2 yang mahal2 gitu tapi x best ar...kat carrefour ni jgk yang kena dgn selera kami...memmandang kan aku tidak berapa nak sihat tiga empat hari ni tekak ni mula la nak makan yang mahal2 jek time2 tak sihat nih...hehehhehe...klu bos aku tahu mahu kena bebel mana tidak nya tiga hari berturut2 aku x makan kat umh...konon2 la kan kat umah masak sediri tak de selera tapi makan dekat luar boleh habis nasi goreng sepinggan...apa kes tu...hehehheeh..aku masak jek hari2 dekat rumah tapi mmg x der selera gan nafsu nak makan...nak buat camner aku g la makan kat gaint kat kfc kat k4 tiga berturut2 tuh...lalallalallala....mmg kalau nak kira duit mmg x der..tapi bab kalau aku nak makan aku ada2 kan la duit tuh....datang dari mana???hurmmm gali la bawah bantal bawah tilam semua...muahahahhahah...boleh gitu???

Lepas makan dgn penuh selera nya dua tiga hari ni...tadi aku timbang la berat badan aku...hahahhahaha apa lagi naik la beb...60kg ambik kau makan la banyak2 lagi...x der selera konon berat naik jek...tak per kan tu pekara biasa la baru 60kg blom 70kg lagi...muaahahahhaha...lepas ni x der dah aku nak jalan2 cari makan nya...

Tuesday, November 8, 2011

Bikin rasa panas jeee...



Salam pembuka kata dari ku...

Olalalallaa..pagi selasa yang buat hati aku sedikit rasa panas...mana hati tak panas..badan aku sememangnya blom brpa sihat lagi hari ni sbb semalam seharian aku sakit perut...badan yang lemah kepala yang sakit tak tahu nak rasa dibuatnya...aku gagah kan jugak bersiap hendak ke sekolah menengah untuk pegesahan bagi murid tingkatan satu tahun 2012...sampai dpn sek aku rasa muskil jgk tgk mcm x ada orang jek...bila aku masuk dalam pagar ada jgk 4..5 biji kereta nampak jgk ada murid berpakaian sek rendah masing2...aku tgk kat bilik yg dinyata kan dalam surat pintu nya bertutup siap berkunci lagi tuh...aku x puas hati aku naik ke tingkat satu pergi ke pejabat aku nampak ada 3..4 orang kat depan pejabat tanya la dgn cikgu tuh boleh dia cakap kami hari ni cuti peristiwa...jadi pendaftaran ditunda ke esok hari..MasyaAllah aku cakap kenapa la x bagi tahu awal2...Cikgu tu kata, kami dah maklum kan pada pihak sek anak puan tarih ditunda...masalahnya anak2 kami ni x der pulak dapat maklum balas dari guru2 sekolah dorng...klu setakat sek anak aku jek kira mungkin la masa cikgu sekolah rendah bagi tu anak aku tak datang sek atau tak dgr kan... ni aku tgk dorang nih semua nya dari sekolah yang berlainan....aduiii kepala yang sedia sakit bertambah sakit dibuatnya...kesian ada bapak murid ni berkejar balik dari kampung semata2 nak datang ke sekolah menengah hari nih...ishhh apa la pengetua sek nih buat cam ni...bagi aku senang jek dah kami semua ada kat sini cikgu tu buat jek la macam yg tertera dalam surat...buat susah kan ibu bapa yang ambik cuti untuk hari nih jek...

Bila dah jadi cam nih apa lagi aku terus la ke gaint untuk megisi perut aku yang kosong lagi nih...biar la x jadi janji perut aku isi kan dgn apa yang patut...sampai gaint tekak ni nih tak tahu nak makan apa la pulak...si Mashitah ni sampai jek terus ckp nak nasi ayam..aku pusing dulu tgk2 menu lain alih2 nasi ayam jgk yang menjadi pilihan...sumbat jek la janji perut di isi dgn nasi...maka dgn rasminya menu aku sarapan pagi sekali dgn tengahari nasi ayam dgn milo ais...






Monday, November 7, 2011

Aidil adha Rumah Pangsa Dahlia Ukay Bistari.











Assalamualaikum...

Hari kedua kita menyambut hari raya korban...Alhamdulillah raya korban tahun ni sungguh bermakna bagi kami...seronok..gembira kami bersyukur kerana diberi kesempatan dan kesihatan yang baik untuk menyambut hari raya korban bersama2 penduduk Rumah Pangsa Dahlia...menu untuk kami sekeluarga semalam nasi ayam..tak sempat aku nak snap gambar sbb smlm agak sibuk jgk bagi aku dan suami aku...



Tahun kedua kami sekeluarga sambut raya korban diRumah Pangsa Dahlia,Dan tahun pertama Solat raya disurau Rumah Pangsa Dahlia,Tahun petama jugak megadakan majlis korban..Seekor lembu disumbang oleh (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib ,sekor lagi oleh pegerusi Rumah pangsa Dahlia dan beberapa org penduduk...


Selesai Solat raya aku dan beberapa jiran sempat kami singgah beberapa rumah jiran2...perbagai menu jugak yang dijamu oleh tuan rumah...Spageti,,nasi impit kuah kacang..laksa lemak kelantan..rendang ayam...lps isi perut perut kami turun membantu kawan2 lain didapur surau...untuk menyediakan hidangan makan tengahari untuk kaum2 Adam yang berkerja kuat melapah dan menimbang daging dibelakang surau...

Menu kami Sup tulang dgn daging goreng...biasa la bila kaum2 hawa bergotong royong riuh rendah suara didapur surau..tapi yang penting kerja berjalan dan siap semuanya....Selesai Solat Zohor semua penduduk menjamu selera...meriah dan seronok aku rasakan bila tengok semua jiran2 turun bergotong royong bersama2...kurang lbih hampir pukul pukul 3ptg baru siap aku dan beberapa jiran membasuh pingan mangkuk dan mengemas semuanya...penat tak usah cerita la kaki dan pingang rasa nak tercabut skru2nya...nak dijadikan cerita pulak lif satu lagi mati...mmmg besar labu betis la bila naik turun guna tangga...nak guna liff mmg lambat la bila satu je yg boleh digunakan...

Hari ni ada 12 ekor lembu ditumbang kan berhampiran rumah aku...aku x larat dah nak pegi..biar la orang2 kuat je yang turun padang...tgk dari rumah je la nampaknya..