Friday, May 29, 2009

BerMulAnYa DiSiNi

Bertemu lagi kita dikali ini...dah agak lama jgk aku nak buat entry ni....tapi dgn masa yg agak memcemburui aku maka aku tangguh kan dulu blog ni...aku peram dia dulu hahaha....

Bermulanya pada 5 jan yg lalu aku membuat kerja sambilan dirumah...leh dikatakan sebagai baby sister laa....pada awalnya aku hanya ambil dua beradik Wan Muhd Adam dan yang adiknya bernama Wan NorAtirah...
sebagai transit je..tu pun anak kawan suami aku...
sebab bagi aku klu transit tu kerjanya tak de la berat sangat..cuma dorang singgah dari sek agama lebih kurang pukul 10.45 pg dorang sampai umh aku tukar baju buat kerja sekolah bagi mkn bagi mandi pukul 12.30 hantar dorang g sek keb lak....(Tak berat kan kerjanya?)

~ Adam n atirah~



Tapi dah rezeki aku agaknya tiba2 ada lak dtgnya yg lain bertanya mintak jagakan dua beradik lagi....pada mulanya agak berat jugak untuk aku terima tapi bila hamba allah ni minta tolong tak sampai hati pulak untuk aku menolaknya...bak kata pepatah musuh jgn dicari rezeki jangan ditolak...jadi aku pun menerima la dua beradik ni..yang si abang bernama Muhd Zulhaili yang adiknya pulak bernama Muhd zul iman....

~Ali n Iman~

Yang ni agak berat dan agak ringan jgk ar kerja nya...nak tau sebab apa aku cakap cam tu??
sebabnya yang ringannya dua beradik ni ank cikgu..cikgu nya pulak mengajar waktu petang jadi aku hanya jaga waktu petang jee laa dan hari sek cuti aku pun bercuti jgk...
tapi yang beratnya....si Iman ni budaknya agak manja orgnya...manjanya megalahkan anak aku sediri...klu dia ada dan klu dia tak tido mmg laa aku tak boleh nak begerak kemana-mana...
Ini bagi aku mmg agak rumit sikit harapkan sebelah petang semua kerja2 rumah aku dah bereskan sebelah pagi jadi boleh laa aku melayan kerenah Iman ni...


Selang sebulan lepas tu aku terima lagi tawaran untuk dua beradik..hahaha..ayat dah cam poyo ni...nama yang ni pulak Muhd Zulfadli Shah dengan Muhd Zulhilmi Shah yang ni anak jiran aku sementara nak dapat ganti orang gaji baru katanya....kiranya pada awal aku agak berat hati jugak nak terima maklum laa bila dah duduk berjiran ni kadang2 banyak yang buruknya dari yang baik tu bagi pedapat aku bukan maksud aku... jiran aku ni dengan aku ada apa2 kes terpencil...hihihi...

Cuma bagi aku baik kita megelak dari mendapat sebarang persengketaan diantara kita...
tapi bila terkenang kan jiran timbul pulak rasa kesian apalah salahnya kalau kita menolong jiran kita...betul tak??nanti dikata pulak anak orang yang jauh kita boleh jagakan...
ni kan anak jiran kita tak sudi pulak...
bila timbul kes macam ni kadang2 rasa serba salah jugak...tu bagi aku...bagi orang lain aku tak tau apa pulak pendapat diaorang....


kalau nak tau sekarang ni dalam umh aku ada 11 org kanak2 rabena...hahahaha....
bukan umh je yg nak pecah dibuatnya tekak aku pun hari2 pecah dan jadilah aku tarzan popuan dalam kawasan umh aku ni...hahaha....


mahunya tak kecoh umh aku klu time dorng semua ada sekali gus dalam umh ni....
macam2 hal dan macam2 ragam yang diaorang buat yang besar cara yang besar yang kecik cara yang kecik...dugaan aku mmg berat dan betul2 meguji kesabaran aku.....


Kalau dekat sek atau dekat taska tak pe laa dorang ada pembantu tapi dekat umh aku ni semua aku sorang laa yang nak uruskan mana kerja umh mana ank2 aku mana ank2 org semuanya....
mahu jgk kadang2 rasa cam nak pengsan aku dibuatnya....
ada jugak kadang2 tu sampai aku sediri lupa nak makan nasi..huhuhu....dasyat kan....
nak jaga ank org punya pasal sampai perut sediri lupa nak jaga....

Bila sebut bab tanggungjawab....bab yang ni lagi berat bagi aku....
kalau dengan anak kita sediri mungkin kita boleh buat sambil2...tapi bila sentuh bab tanggungjawab pada anak orang ni mmg yang berat...bagi aku


Bila dah di amanah kan pada kita berat atau ringan kita kena mejaganya sebaik mungkin....
aku sedar aku bukan lah seorang ibu yang baik untuk anak2 aku ni semua tapi aku cuba untuk menjadi sebaik mungkin...marah bukan tanda benci atau tak sayang tapi marah ibu pada anak2nya adalah marah penuh kasih sayang yang mana.. mungkin anak2 tak kan faham..


Marah anak ditangan2...adalah untuk medidik agar menjadi anak yang berguna pada suatu hari nanti...jangan kita terlalu manjakan anak2 dengan harta benda yang tak akan kita bawa bila sampai masa kita megadapnya nanti....kerna yang ditanya bukan berapa banyak harta benda kita tapi yang disoal adalah berapa banyak amalan agama yang kita amalkan....


Aku hanyalah manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan....masih banyak yang perlu aku perlajari dan membaiki diri aku yang serba kekurangan ini....harap kalian sudi menegur aku jika ada apa2 yang kurang pada diri aku ni.....kadang2 kita merasakan diri kita sempurna tapi tanpa kita sedar kita masih banyak kekurangan nya.....


"Jadilah BINTANG yang sebenar....
Bersinar sepanjang HAYAT"



Oklah sekian dulu untuk kali ini panjang umur berjumpa lagi.......dibwh ni gambar anak2 yang aku jaga lagi sorang tak der masa ni...tengok la budak manja tu mejerit nak aku dukung....
sayang iman.....sayang semua jugak....






Tuesday, May 26, 2009

AdIb YaNg CuTe




Ermm adib ni anak lelaki aku yg no lima...dia ni walaupun baru 3thn lbh tapi suka mgdap computer ni...mkan minum semua dia nak depan com ni...pening jgk aku kdg2 tu dibuatnya..
apa yg dia suka?dia suka tgk you tube truck...

klu dia bangun tido pekara yg petama dia buat gosok mata lps tu pandang com on ke x...bila dia dah duk dpn com ni org lain jgn harap laa nak on9 ke apa ke...mahunya dia amuk org yg kacau dia...

sedangkan ayhnya pun dia suh g tgk tv atau g tido..ni kan lak kakak2 gan abgnya.. :) nak tau ayat yg dia beri kat ayhnya...

"Ayah..ayah dah besar kan"tu klu dia nak tgk tv klu dia nak com lak..."Ayah baby nak tgk truck jab"
hehehe...tu laa anak bujang aku sorg ni mmg kalah ayahnya klu dgr ayat tu...dia siap dgn memek mukanya sekali klu dia ckp tu...

nasib aku ada com aku sediri dia x mau com aku sbb dia dah biasa guna com yg sedia ada tu...

Klu mlm lak dia nak dua2..com dia nak tv pun dia nak lps tu nanti tgk laa skjab tgk tv skjab tgk youtube dia...aku pun kdg2 naik rimas dibuatnya tapi klu x ikutkan dia main yg bukan2 lak...lebih baik klu dia tgk apa yg dia minatkan..

Waktu tido lak dia leh bejaga sampai kul 2-3 pagi baru tido..org lain dah diulik mimpi tapi dia leh ketawa bagai nak rak klu kartun yg dia tgk tu mecuit hati dia...klu on9 dia gan trucknya klu tv lak paling dia minat kartun tom n jerry...kdg2 sampai melompat2 bila tom kejar si jerry tu..aku pun kdg2 leh terkejut tgh2 mlm bila dgr tiba2 dia ketawa bagai nak pecah perut tu...:)

Dia lah penyeri kami semua dlm umh ni...gelagat dia selalu mencuit hati kami...dgn mulut yg petah berkata kata tu dgn nakalnya yg kdg2 leh buat kami naik angin..hehehe...Adib tetap adib...

CaNtIk x AyAm Ni....


klu nak tau ni kerja sambilan aku...
hahaha...dah puas mkn aym...
aku nak jaul aym serama lak...
klu ada sape2 berminat leh ar...
hubungi aku...

jgn tgk2 je tau beli ar sekor....

AyAm SeRaMa KlU bErMiNaT BoLeH Ar

ayam...bermcm ayam....ada ayam kampung...
ada aym goreng...klu nak buat main haa beli ar aym serama ni....:)

Tuesday, May 19, 2009

Khasiat Buah Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Fakta Benar Tentang Bahaya Roti


Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.
ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger Dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik Dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.
Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a). Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).
Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan



Gardenia
Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005). Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5
Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005. Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang. The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering. Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya. Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.
Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?

• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik

Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu. Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai "bantuan membakar").

Roti hari ini juga menjadi semakin lembut - mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi. Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.
"Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti." (Akhbar British The Independent, dalam artikel, "The Shocking Truth About Bread," 29 Ogos 2006).

Sunday, May 17, 2009

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-bahan:

1 kg ikan pari

20 tangkai cili kering | dikisar

6 ulas bawang putih | dikisar

6 ulas bawang merah | dikisar

2 cm kunyit | dikisar

4 batang serai | diketuk

1 sudu makan stok ikan bilis

650 ml air

4 sudu makan asam jawa | dibancuh dengan 300 ml air

30 gm daun kesum

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Cara Memasaknya:

1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan daun kesum, serai bersama dengan air asam jawa.

4. Setelah itu, masukkan stok ikan bilis dan garam secukup rasa.

5. Masukkan ikan dan biarkan mendidih.

6. Masak sehingga ikan empuk dan sedia untuk dihidang.

Info:

# Waktu penyediaan : 15 minit

# Waktu memasak : 25minit

# Jenis hidangan : Melayu Johor

# Keistimewaan : Ramuan kisar yang digoreng garing menjadikan asam pedas ini mempunyai rasa yang istimewa dan mempunyai warna yang cukup menarik

# Jenis penyediaan : Menu utama

# Jenis masakan : Asam pedas ikan pari

# Jenis acara : Makan tengah hari, makan malam atau pun majlis keraian

# Cara masakan: Ditumis dan dididihkan

Rendang Tok

Bahan - bahan

500 gm daging lembu

250 gm isi kelapa - dihiris 2 sm & digoreng

200 gm kerisik

150 gm gula melaka

1.5 kg santan pekat

1 kg santan cair

3 helai daun kunyit - dihiris

150 gm serbuk rempah kari daging + sedikit air - dibancuh

Bahan (A) dikisar

100 gm lengkuas

3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

3 sm halia

10 batang serai

10 tangkai cili kering

Bahan (B) digoreng tanpa minyak & ditumbuk

40 gm bunga lawang

30 gm bunga cengkih

30 gm biji jintan putih

30 gm biji jintan manis

30 gm biji buah pelaga

3 sm kulit kayu manis

Cara membuat

1. Daging dipotong kiub dan dibersihkan. Perapkan dengan rempah kari, bahan (A) dan (B) selama 2 jam dalam kuali.

2. Tuangkan santan cair dan masak dengan api sederhana.

3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat dan masak lagi hingga daging lembut.

4. Masukkan kerisik, daun kunyit, isi kelapa, gula melaka, dan garam.

5. Kacau rata rendang ini dan masak lagi hingga kering dan keluar minyak.

Chicken Chop

ayam boneless bahagian peha

bawang putih (ditumbuk)

tomato sos

cili sos

kicap cair

tepung jagung

kicap pekat

garam dan gula

1. Mula-mula ayam tu di perapkan dengan kicap pekat, kicap cair, gula dan garam. Biar dalam sejam selepas tu digoreng tapi jangan terlalu masak/garing.

2. Lepas tu bila kesemua dah digoreng, perapkan semula dengan sos cili, sos tomato, tepung jagung, kicap pekat dan cair dan bawang putih dan di kukus.

3. Jadi Chicken chop ada kuahnyalah (gravy), dikukus dalam 10 minit memandangkan ianya telah digoreng tadi.

4. Boleh dihindangkan dengan bawang besar yang digoreng kacang peas dan ubi kentang.

vemma



Saturday, May 16, 2009

kenangan terindah

Ermm….bila duk sorang2 cam ni teringat aku masa zaman budak2 dulu kala…aciwahh…al kisahnya begini..aku ni leh dikata kan anak manja jgk la masa sblom dpt adik lelaki aku dulu..almaklum laa jarak aku gan adik aku tu 6thn..mak mmg duk tgu2 nak dpt anak lelaki ni..bila dpt apa lg di peraja kan adik aku ni ye la kan dah tgu punya lama bila dpt apa yg diingini mesti laa suka bebenor kan..

tapi aku ni jenis x kisah..tu mmg dah perangai aku dari kecik walaupun manja tapi aku ni jiwa kental jgk laa..nak buat cam ner asyik kena buli jee gan kakak2 aku 2..diaorg cemburu sbnarnya kan…hehehe…masa aku dpt adik aku tu aku sek tabika kemas..jadi apa lg budak2 la kata kan.. abis semua org aku bagi tau yg aku dapat adik lelaki…dengan bangganya..hehehe…

Ni satu kes lagi bila masa kat sek aku ni mmg x bkwn sngt..kira ala2 malu laa konon..hehehe kwn aku yg rapat cuma pak sedara aku jee nama dia cham..nama panggilan laa tapi aku panggil dia ayah busu sbb dia anak bongsu merankap babak sedara aku…tapi tu laa nama pun budak2 kan kwn2 semua laa duk pakat megejek aku gan ayh busu aku ni..mana x nya kemana dia g mesti ada aku, apa dia main aku pun main..hehehe…pegalaman sek tabika kan best.. dulu2 kan ada mkn free bila sampai jee kat sek tgk dulu jadual apa mkn ari ni..bukan tgk jadual belajar apa hehehe….budak2 laa katakan kena pulak yg jadi cikgu gan pembantu tabika 2 mak2 sedara kita lagi laa kita ni sukanya…bukan suka apa leh mgada2 lebih laa sikit dari org lain hehehe…tu zaman tabika…

Ni zaman sek rendah lak…klu kauorg baca mesti kauorg semua gelak kan aku…hehehe…masa dulu2 zaman darjah satu aku ni rajin ke sek hari2 aku g tapi kan aku x masuk kelas pun…nak tau aku duk kat mana?hahahaha….dari hari petama sek sampai sbulan jgk laa aku rasa.. aku buat drama kat sek..dari rumah cantik manis jee nak g sek.. sampai sek turun bas aku g laa kat port aku…nak tau?

hahahah…aku peluk tiang kat depan kelas aku..aku mmg x masuk kelas.. puas cikgu pujuk..tapi cikgu2 dulu bukan cam cikgu skrg pandai gula2 budak2…:) senang jee cara cikgu aku pujuk dulu..”awk x nak masuk kelas blajar gan kwn semua”cikgu tanya…aku lak jawab gan air mata meleleh kepala jee pusing kiri kanan..cikgu tanya lg”awk ada kakak x?kakak awk darjah berapa?”soalan standard cikgu..aku lak cam tadi jgk air mata meleleh gan air idung sekali..

sekali sedut emm sedapnya…hehehehe..maka jawapan aku dengan anggukan kepala jee…tapi ada laa cikgu 2 kenal gan kakak aku maka nak dipendek kan aku ni ditempatkan sebelah kakak aku dlm darjah tiga…kan best 2 x yah masuk darjah satu gan dua terus jee lompat kelas…hehehe…lama jgk laa aku buat cam 2..dari umh semangat smpai sek peluk tiang lps 2 masuk kelas kakak aku…sampai laa timbul cerita baru dikalangan kwn2 kakak aku ni yg megatakan yg aku gan kakak aku ni adik beradik tiri laa aku anak angkat laa…

sebabnya muka aku gan kakak aku ni x sama…ish nama pun budak2 x matang kan…jauh sungguh pemikiran mereka2 itu…aku ni muka ikut belah abah aku tu yg muka aku ni comei hehehe parasan laa pulak…manakala kakak aku ni ikut muka mak..mak aku ni hitam manis orgnya manakala abh aku lak putih kuning langsat mukanya hehehehe…jadi laa aku ni mcm ni..kakak aku lak lawa apa cam muka ank mamak…x lawa ke?:) bila aku dah boring dengar kwn2 kakak aku ckp yg aku ni ank tiri la ank angkat laa aku pun dgn rela hati laju jee angkat kaki g masuk kelas aku..:) pandai jgk kan kwn kakak aku ni main politik nak suh aku g kelas aku hehehe aku baru nak jeling2 abg2 kat kelas kakak aku tu…hehehe…

Ermm bila dah masuk kelas aku apa lg aku cari la babak sedara aku ni td ayh busu aku :) kat sek aku gan dia kat umh pun aku dgn dia jee laa.. dah dia je yg dah tau kerenah aku…aku ni kan manja.. org usik sikit mula la nak menangis jee ayh busu laa jadi pelindung aku hehehe…tu cerita kat sek….

Cerita kat umh lak…balik sek mkn semua aku pun blari laa g umh ayh busu aku ni tanya dia nak main apa ari ni…:) yg best tu aku bukan dpt jawabpan dari dia nak main apa..tapi dpt arahan suh balik umh dari ayh busu aku ni….kahkahkah pandan muka aku kan…aku pun dgn langkah yg agak2 ayu tu balik laa umh..sampai kat umh.. kan dah kena ejek gan kakak aku ni sbb dia dah leh agak apa yg ayh busu aku ckp..ish ish ayh busu ayh busu x spoting langsung…

Masa aku darjah satu ni aku duduk gan arwah aki aku gan maksedara yg lom kawin lg masa 2..sbb mak gan abh aku keje kat genting…:( yg ni mmg menyedihkan yee laa duk gan mak sedara yg ala2 sarjan misai 2 yg garang x kena tempat…kena marah kena pukul 2 dah x terkata…nak buat cam ner dah mak yg amanah kan dia untuk jaga aku gan kakak aku ni…

tapi ada best nya jgk bila aki aku masuk campur yaa laa g pukul cucu kesayangan dia mana org tua 2 x megamuk kan :) aki aki akak rindu aki..Alfatihah..aki mmg aki yg da best..bangun pagi nak g sek aki yg buatkan air kopi gan cekodok bila balik dari sek aki jgk laa yg tanak nasi guna dapur kayu.. mak aii harumnya leh bau dari tangga lg bila masak nasi guna dapur kayu…itu laa zaman aku dulu..umh aki aku umh papan jee dapur lak atap rumbia gan dinding buluh dan berlantaikan buluh2 jgk…

cuba laa bayang kan alangkah bestnya balik dari sek panas2 terus masuk dapur yg nyaman dgn semula jadi..bukan cam skrg klu x pasang kipas mau nya kita ni jd ikan kering dek panas…zaman aku dulu eletrik ada 12 jam jee dari kul 7 ptg sampai 7 pg..tv lak yg hitam putih yg ada pintu 2..klasik sungguh kan..radio lak yg petak tu :) tapi aku layan jee radio tu dgr lagu2 yg jiwang2 karat ni..zaman aku dulu penyanyi yg popular jamal abdillah..

masa tu siap tulis dlm buku lagi lirik2 lagu ..tu keje aku gan kakak aku laa :) tapi tu laa baru nak beseronok sikit makcik sarjan misai dah bebunyi.. nama pun duk gan mak sedara bukan nya dia kasi kita ni tgk tv ke dgr radio lebih2 skit.. kul 9 dah suh tido..undang2 laa katakan..:( aku gan kakak aku menerima arahan jee la.. aku gan kakak aku jumpa mak gan abh cuti hujung minggu je..hari jumaat ptg abh dtg jemput gan motor bawak g kauters kat genting..

kakak aku yg sulung mmg duduk kat sana dgn adik lelaki aku..kitaorg jumpa hujung minggu cam tu jee laa..tu la sbbnya aku ni dari dulu suka bawak diri sbb dah biasa hidup jauh dari org tua…kakak aku yg no 2 lak jaga arwah moyang aku dekat2 laa gan umh aki aku ni.. tapi aku gan kakak aku ni mmg x sebulu dari aku kecik lg…ntah apa yg dia cemburukan aku x tau laa:) dia ni ada kisah dia yg tersendiri..aku mmg tau tapi buat2 x tau udah lerr…

Bab ni lg best…:) aku dulu mmg sekaki gan ayh busu aku..dia ke sungai kee lastik burung ke memancing kee aku mesti ikut…nak dijadikan cite masa aku darjah 4 ..5 lebih kurang aku g macing gan dia..pakai upan tepung kunyit masa tu..masa tu cuti sekolah aku g laa gan dia kat lubuk x jauh dari umh aku…kitaorg g berdua jee..g pagi dlm kul 10 cam tu tau2 smpai dah nak senja baru sedar yg kitaorg ni memancing dari pg lg.. dah la mkn apa pun tidak…yg wan aku kat umh bukan main risau lg sbb ank bongsu dia x balik2 dari pg..ikan dapat ari tu mmg banyak ada laa dlm 2 kilo sorang...

aku masa tu dah duduk gan mak aku sediri sbb mak dah berhenti kerja..punya laa bisingnya org tua tu marah kat aku…mana x nya duk dlm semak bedua tepi sungai dekat lubuk yg terkenal lak gan momokkan nya…aduii mmg ganas laa aku masa tu…mak mrh aku buat bodo jee alih2 mak ckp apa kat aku “aku klu marah kan kau ni nak tergelak balik ada lah..mcm bckp gan tunggul”tu la ayat mak aku…:) sbb mmg dah jadi perangai aku bila mak membebel atau marah aku akan diam sediam2nya sbb aku tau nanti dia penat dia senyap laa alih2 dia senyum balik dkt aku…hehehe kan aku ni anak betuah dia...

ayh busu aku pun sama sbb wan aku x kan mrh dia lebih2 kan dia pun anak manja mak…aku ingat lg aku dulu ada nama gelaran jgk masa budak2..sbb aku ni lain sikit dari yg lain dlm adik beradik aku…aku mak ckp masa kecik2 kuat menanggis biasa laa org tua dulu2 klu budak2 kuat menangis mula laa bagi kat org suh buat anak angkat…lps tu tukar nama laa mcm2…dari situ laa timbul nama gelaran aku..tapi aku x nak laa bagi tau korang semua aku malu laa sbb nanti korang mesti gelak punya…:)

gelaran tu dari kecik smpaikan dah kawin pun ada jgk org panggil..aduiii mak aii aku buat x tau dah laa..sbb nak malu pun x de gunanya sbb dah sebati gan aku ..bila jrg2 sekali jumpa gan sedara mara.. mana dorang tau nama aku ni yg cantik manis ni NORSIATI..tapi bila sebut nama gelaran aku haa mula laa dorng bukak buku lama…masak aku dibuatnya…ish ish

Itulah kisah aku zaman budak2…klu aku nak cite semuanya dlm ni mahunya

panjang bejela-jela jadi aku pilih2 la dari koleksi aku :)
mmg kita akan ketawa sorg2 bila teringat kisah zaman budak2…aduiii aku rasa cam nak balik zaman budak2 jee..kita dulu x yah nak fikir banyak2 kan kita buat je apa yg kita rasa nak buat…org marah kita buat lagi :) nama pun budak2

tapi skrg bila dah jadi mak budak tau lak bising bila anak2 buat perangai…:)

dulu x penah pun terfikir mcm ni rupanya jadi mak ni…hehehe

ermm aku rasa cukup laa takat ni aku mencurah kan memori aku skrg pun dah tgh mlm ni esok nak keje…apa2 yg blaku kenangan tetap menjadi kenangan yg akan kita simpan sampai bila2……

jgn la serik membaca coretan aku yg ntah apa2 ni klu ada perkataan yg dewan bahasa x sah kan maafkan aku sbb aku x balajar ni semua dulu..aku tulis ikut suka jee klu ada salah dan silap aku mohon maaf pada yg membacanya…..:)

Aku tetap aku….yg buruk itu dari aku sesungguhnya yg baik itu datang darinya………

Wassalam…